6 Platform Video Streaming Popular Di Malaysia


Kini anda boleh tonton filem, series terus daripada telefon anda melalui beberapa platform Video Streaming popular di Malaysia. Dengan adanya platform ini, anda boleh menonton pada bila-bila masa sahaja dan dimana juga anda berada.

Penstriman video atau video streaming ini semakin hari semakin popular terutamanya di Malaysia. Selain daripada platform convensional seperti di televisyen atau di panggungwayang, anda juga kini boleh menonton filem, series atau drama melalui telefon pintar anda dan laptop.

Alternatif ini juga disediakan bagi mengelakkan berlakunya muat-turun secara haram di laman-laman web yang tumbuh bagaikan cendawan di luar sana. Karya pengarah yang bersusah payah, dicetak rompak dan dimuat turun tanpa memberi kredit dan sumbangan kepada mereka. Tetapi dengan adanya platform seperti video streaming ini, anda perlu subscribe dengan jumlah yang kecil tetapi kandungan yang anda dapat adalah secara halal dan ianya dikembalikan kepada pengkarya asal. 

Jadi bagi membantu pengkarya seni ini dan sekali gus sebagai hiburan masa lapang anda, anda boleh dapatkan senarai platform video streaming yang popular di Malaysia disini. Ada sebahagian perlu bayar dan ada yang percuma.

Platform Video Streaming Popular Di Malaysia

Kesemua platfom video streaming yang disenaraikan ini, anda boleh tonton di web dan juga melalui aplikasi Android dan iOS terus daripada peranti anda.

1.   Netflix

Netflix

Netflix merupakan antara yang popular di Malaysia sekali pun di seluruh dunia. Terdapat beribu-ribu kandungan video di dalamnya. Anda boleh saksikan filem, series, drama, dokumentari, animasi dan pelbagai lagi disediakan di dalamnya. Di Malaysia, platform ini secara rasmi diperkenalkan dengan nama Netflix Malaysia tetapi video yang dikongsikan sama sahaja dengan negara lain. 

Netflix lebih memfokuskan filem dan series daripada Amerika Syarikat dan Eropah. Kandungan Asia masih ada, tetapi tak sebanyak daripada Eropah dan US. Selain itu, Netflix juga ada menyediakan Netflix Original dimana, filem tersebut dikeluarkan khas untuk penonton Netflix sahaja.

Netflix Malaysia menawarkan harga serendah RM17/sebulan untuk 1 peranti sehingga RM50/sebulan untuk 5 peranti. Anda boleh pilik mengikut pakej yang ditawarkan.

2.   iFlix

iFlix

Jadi disebabkan Netflix kurang menawarkan kandungan video daripada Asia, maka wujudlah iFlix. Disini mereka mengfokuskan kandungan daripada Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Korea, Jepun dan banyak lagi. Filem antarabangsa ada je. Filem-filem daripada Malaysia banyak ditayangkan disini. iFlix ni dia lagi menarik, bila juga menyediakan beberapa siaran televisyen secara percuma. Tambahan lagi, ada bahagian Kids. Jadi kalau kanak-kanak nak tengok, sesuai la untuk mereka.

Yuran langganan yang ditawarkan oleh iFlix sangat berpatutan iaitu serendah RM3/seminggu sehingga RM10/sebulan. Nak lagi jimat, langgan RM96/setahun terus. Jadi anda akan dapat iFlixVIP dan boleh akses semua kandungan disediakan.

3.   Youtube Premium

Youtube Premium

Platfrom video streaming ini sedikit berbeza dengan platform yang lain. Dengan langganan yang anda buat, anda akan dapat kandungan Youtube Original dan juga semua kandungan Youtube tanpa sebarang iklan. Kita juga tahu, di Youtube terdapat banyak filem dan series yang orang lain upload untuk tontonan. Anda boleh tonton tanpa iklan. Untuk kandungan Youtube Original, sepertinya masih tidak terlalu banyak disediakan. 

Sebenarnya jika anda langgan Youtube Premium, anda boleh tonton video dan boleh dengar lagu yang ada di dalam Youtube secara background. Ini bermakna, anda boleh buat kerja lain sambil dengar lagu dan menonton video. Ada video popup yang berfungsi. Menarik kan. 

Yuran yang dikenakan adalah RM17.90/sebulan untuk 1 peranti atau RM26/sebulan untuk 5 peranti serentak. Pun berbaloi juga jika anda ketegar kandungan Youtube. Untuk cara daftar, tengok sini

4.   VIU

VIU

VIU juga video streaming yang fokuskan kandungan Asia. Lebih spesifik, kandungannya banyak ke arah drama Korea dan keseluruhan Asia juga. VIU juga secara rasmi masuk ke Malaysia dengan VIU Malaysia. VIU ni kalau tengok, banyak kolaborasi dengan syarikat telco termasuk Umobile dan Celcom. Mereka juga ada menyediakan kandungan percuma dengan drama terpilih tetapi ada iklan la. VIU Original pun ada tau. Khas untuk pelanggan viu.

Untuk harga pun berpatutan, akaun premium dengan RM10/sebulan sehingga RM88/setahun. Trial sebulan juga disediakan.

5.   iQIYI Video

iQIYI Video

iQIYI Malaysia menyediakan kandungan filem, variety show, animasi dan TV siri daripada Korea, Jepun, China dan seluruh Asia. Untuk dapatkan kandungan daripada China, inilah platform yang sesuai untuk anda. Banyak disediakan kandungan seperti itu. Katanya kalau anda langgan Astro, dapat trial 2 bulan secara percuma.

Pakej premium yang ditawarkan iaitu Gold VIP dengan harga RM12.90 dan Diamond VIP berharga RM23.90.

6.   Apple TV+

Apple TV+

Ini khas keluaran daripada Apple sahaja. Aplikasi telefon tidak disediakan di platform Android kecuali iOS sahaja. Tapi anda masih lagi boleh tonton kandungan Apple Tv+ melalui web, iTunes dan peranti Apple sendiri. Ianya juga mengandungi Apple Original. Kandungan lebih kepada Amerika dan Eropah. Ianya masih baru diperkenalkan. 

Trial disediakan untuk 7 hari dan kemudian boleh langgan RM19.90/sebulan. Jika anda beli peranti baru iPhone, anda dapat akses setahun secara percuma


Masin menunggu Disney+ untuk masuk Malaysia ni, mungkin boleh fight Netflix 

Post a Comment

Previous Post Next Post