Cara Membuat Rayuan Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Sekali Lagi Yang Dibuka Sehingga 31 Mei 2020

Cara Membuat Rayuan Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN)

Kepada mereka yang berstatus gagal dalam permohonan Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) sebelum ini, kini berpeluang sekali lagi untuk membuat rayuan yang dibuka sehingga 31 Mei 2020.

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan dimana permohonan rayuan akan dibuka sekali lagi bagi mereka yang tidak berjaya bagi permohonan kali pertama BPN yang diumumkan pada 9 Mei yang lepas. Ini kerana, YAB PM mahukan semua orang tidak terkecuali dalam menerima bantuan PRIHATIN ini.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan mengumumkan permohonan baharu dan rayuan sebelum telah diluluskan dengan sejumlah 2.3 juta permohonan. Bagi rayuan kali pertama itu, ianya telah dibuka bermula 1 hingga 30 April 2020 yang lepas.

Cara Buat Rayuan BPN

Kerajaan telah mendapati banyak rungutan terutamanya melalui media sosial daripada mereka yang telah ditolak permohonannya. Antara sebab utama permohonan ditolah adalah kerana pemohon mempunyai pendapatan yang melebihi syarat BPN.

Kerajaan juga menerima aduan antara permohonan yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.

Justeru, pemohon boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semua dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan. Rayuan boleh dibuat melalui emel kepada LHDNM (rayuanbpn@hasil.gov.my) atau hadir di mana-mana pejabat LHDNM bermula 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh dapatkan soalan lazim FAQ disini

Selain daripada alasan diatas, jika pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

Cara Membuat Rayuan Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN)

Rayun akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post