Cara Daftar Youtube Premium Dan Youtube Music

Cara Daftar Youtube Premium Dan Youtube Music

Beberapa minggu yang lepas, Youtube telah mengumumkan dimana, Youtube Premium dan Youtube Music telah memasuki pasaran Malaysia. Jadi kepada semua pengguna setia khususnya Youtube, pastinya berita ini merupakan antara berita yang menarik bagi mereka. Kini anda sudah boleh guna Youtube Premium dan Youtube Music.

Secara ringkas, Youtube Premium merupakan akaun yang dinaiktaraf daripada akaun percuma yang kita daftarkan seperti biasa ketika menggunakan Youtube. Manakala, Youtube Music pula ada platform penstreaman lagu atau music secara atas talian. Kedua-duanya berkait rapat dengan Youtube yang sedia ada.

Kelebihan Youtube Premium Dan Youtube Music

Kelebihan Youtube Premium

Youtube Premium (YTP) merupakan alternatif lain daripada penstreaman video yang lain seperti Netflix, Apple+ dan Iflix. Antara kelebihan adalah :
  • Anda boleh stream video, filem, drama semua secara percuma dan tanpa sebarang iklan jika anda membuat langganan bulanan.
  • Mengandungi kandungan eksklusif iaitu Youtube Originals
  • Anda boleh menonton kandungan video Youtube tanpa sebarang iklan.
  • Anda boleh menonton video secara terapung (bermaksud, anda boleh menontong video dengan membuat aktiviti lain seperti Whatsapp, bermain twitter, bermain game dan pelbagai lagi)
  • Anda boleh mainkan video sekalipun anda off atau lock telefon anda.

Kelebihan Youtube Music

Seperti diberi tahu, Youtube Music (YTM) ini seperti penstreaman lagu yang lain seperti Spotify dan Apple Music. Antara kelebihan YTM berbanding yang lain adalah :
  • Anda boleh mendengar semua lagu secara percuma dan tanpa sebarang iklan jika anda melanggan secara bulanan
  • Anda boleh mendengar lagu walaupun ketika fon anda lock
  • Semua kandungan di Youtube yang mempunyai music, anda boleh dengar (cover lagu, edited, 8D audio dan sebagainya)
  • Video lagu yang mempunyai lirik juga, anda boleh tonton di YTM dan mendengarnya walaupun aplikasi ditutup.

Cara Daftar Akaun Youtube Premium Dan Youtube Music

Secara asasnya seperti aplikasi penstreaman yang lain, anda boleh menggunakan Youtube Premium dan Youtube Music secara percuma selama sebulan bagi pemula. Anda boleh mencubanya terlebih dahulu sebelum membuat langganan selepas itu.

Cara Daftar Youtube Premium

1.  Masuk ke aplikasi Youtube > daftar gmail jika belum di bahagian Accout. Kemudian pilih Get Youtube Premium

2.   Kemudian akan diberi pilihan untuk mencuba selama sebulan. Tekan TRY IT FREE

Cara Daftar Youtube Premium Dan Youtube Music

3.   Langkah seterusnya adalah, anda wajib masukkan maklumat kad debit/kredit anda. Jika anda mempunyai kad BigPay, anda boleh gunakannya. Selepas membuat pendaftaran kad, anda akan dikenakan caj RM1. Tetapi jangan risau, wang tersebut akan dipulangkan semula, ianya hanya tujuan verfikasi. Jadi pendaftaran pemula adalah percuma.

4.   Seterusnya, anda perlu ikut saja arahan yang ditetapkan sehingga jumpa LET'S GO

5.   Dengan pendaftaran ini, anda boleh menggunakan akaun Youtube Premium dan juga Youtube Music selama sebulan secara percuma. Jika sudah berjaya, aplikasi Youtube anda akan memaparkan logo Youtube bersama tulisan Premium. Untuk Youtube Music, anda perlu log in sahaja menggunakan gmail yang sama ketika anda daftar Youtube Premium sebelum ini.

Cara Daftar Youtube Premium Dan Youtube Music

Cara Daftar Youtube Music

Terlebih dahulu, anda perlu muat turun aplikasi Youtube Music. Kemudian anda daftar menggunakan gmail seperti biasa seperti langkah cara daftar youtube premium. Tetapi jika anda sudah mendaftar Youtube Premium, anda tidak perlu lagi untuk mendaftar Youtube Music. Kerana ianya sama sahaja iaitu menggunakan gmail yang sama.


Berapa Yuran Langganan Bulanan

Selepas sebulan penggunakan akaun Youtube Premium secara percuma, jika anda berpuas hati dan berminat, anda boleh membuat langganan bulanan dengan harga yang ditetapkan. Ianya dibahagia kepada 2 kategori:


Kategori 1 : Youtube Premium + Youtube Music

  • RM17.90/bulan bagi (1) satu peranti
  • RM26.90/bulan bagi (5) lima peranti (Pakej Family)


Kategori 2 : Youtube Music

Anda juga boleh menggunakan Youtube Music secara percuma tetapi fungsinya terhad dan sudah pastinya ada kandungan iklan.
  • RM14.90/bulan bagi (1) satu peranti
  • RM22.90/bulan bagi (5) lima peranti (Pakej Family)

Sepertinya, lebih baik anda membuat langganan bagi kategori 1 iaitu bermula dengan harga RM17.90 kerana disitu anda akan dapat akaun Youtube Premium dan juga Youtube Music berbanding kategori 2. Lebih berbaloi jika anda boleh berkongsi dengan keluarga atau rakan yang lain seramai 5 orang.

Jadi jika anda berminat, anda boleh membuat langganan dan membuat pendaftaran bagi Youtube Premium dan Youtube Music.

Post a Comment

Previous Post Next Post