10 Jenis Aneka Mufin Yang Anda Boleh Cuba

10 Jenis Aneka Mufin Yang Anda Boleh Cuba

Raya dah nak dekat, jadi boleh dah cari resepi yang sesuai untuk buat dan belajar untuk hidangan raya nanti. Kali ni boleh cuba resepi mufin pula Jadi boleh tengok sini 10 jenis aneka mufin yang anda boleh cuba.

Jika sebelum ini, anda dah dapatkan resepi aneka kek Hari Raya, kali ni kita tambah lagi satu jenis iaitu Mufin pula. Rasanya yang enak dan mudah disediakan, membuatkan mufin sering menjadi hidangan setiap kali tiba Syawal. Lebih-lebih lagi jika menggunakan air tangan sendiri, pasti mendapat pujian dari keluarga

Apa kata Syawal ini, anda cuba sendiri 10 jenis aneka Mufin dari M.H.P Enterprise ni yang boleh buat di rumah Jom tengok resepi dan cara membuat Mufin dibawah

1.   Mufin Berinti Coklat

mufin berinti coklat

Kita isikan inti coklat di dalam mufin ni dan jadilah mufin berinti coklat.

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 180 g tepung kek
  • 4 butir telur
  • 160 g gula aising
  • 0.5 ml esen ros
  • 10 ml perasa coklat
  • 100 g coklat masakan-dicairkan
  • Sedikit serbuk coklat

Cara Membuat

  1. Pukul gula aising dengan marjerin sampai kembang.
  2. Tuangkan esen ros, gaul rata. Kemudia, pukul selama 5 minit
  3. Seterusnya, masukkan telur. Pukul sehingga sebati
  4. Masukkan tepung, kacau rata dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian disatukan dengan serbuk coklat. Gaul rata
  5. Panaskan ketuhan pada suhu 180°C selamat 15 minit
  6. Ambil cawan kertas, kemudian lapiskan adunan satu demi satu termasuklah coklat masakan
  7. Masukkan acuan dalam ketuhar, bakar selama 15 minit

2.   Mufin Berinti Nanas

mufin berinti jagung

Kali ni kita tukar inti kepada nanas. Jadi jom tengok resepi cara buat mufin berinti nanas.

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 180 g tepung kek
  • 4 butir telur
  • 160 g gula aising
  • 0.5 ml esen ros
  • 100 g jem nanas

Cara Membuat

  1. Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang. Kemudian, masukkan esen ros
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung kek dan dipukul selama 3 minit
  4. Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180°C. Biarkan seketika
  5. Ambil cawan kertas, masukkan adunan dan tambahkan jem nanas di tengahnya.
  6. Susun atas dulang, kemudia bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

3.   Mufin Berinti Strawberi

Mufin Berinti Strawberi

Peminat strawberi boleh tukar inti perisan strawberi. Kena cuba ni mufin berinti strawberi.

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 180 g tepung kek
  • 4 butir telur
  • 160 g gula aising
  • 0.5 ml esen ros
  • 100 g jem strawberi
  • Sedikit ceri merah
  • Sedikit ceri hijau

Cara Memasak

  1. Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang. Kemudia, masukkan esen ros.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung kek dan dipukul selama 3 minit
  4. Panaskan ketuhar selama 15 minit pada 160°C. Biarkan seketika
  5. Ambil cawan kertas, masukkan adunan dan tambahkan jem nanas ditengah-tengahnya.
  6. Taburkan ceri hijau dan ceri merah di atasnya
  7. Susun atas dulang, kemudian bakar selama 15 minit atau sehingga masak. Siap!

4.   Mufin Marble Berinti Coklat

Mufin Marble Berinti Coklat

Peminat marble, jom cuba resepi mufin marble berinti coklat yang sedap ni.

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 180 g tepung kek
  • 4 butir telur
  • 160 g gula aising
  • 0.5 ml esen ros
  • 100 g coklat masakan
  • Sedikit serbuk coklat

Cara Memasak

  1. Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang. Kemudian, masukkan esen ros.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung kek dan dipukul selama 3 minit, Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, salah satu adunan, tambahkan serbuk cokla. Gaul sebati
  4. Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180°C. Biarkan seketika
  5. Ambil cawan kertas, masukkan adunan secara berselang-seli, tambahkan coklat masakan di tengahnya.
  6. Susun atas dulang, kemudian bakar selama 15 minit atau sehingga masak. Siap!

5.   Mufin Coklat

Mufin Coklat

Kali ni kita tengok, cara masak dan buat mufin coklat pula. Anda kena cuba ni.

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 160 g gula aising
  • 180 g tepung kek
  • 4 biji telur
  • 0.5 ml esen ros
  • 10 ml perasa coklat
  • Sedikit cip coklat

Cara Memasak

  1. Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang.
  2. Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
  3. Masukkan telur, gaul rata.
  4. Masukkan tepung kek, tambahkan perasa coklat. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan, kemudian taburkan cip coklat di atasnya. Susun atas dulang.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit

6.   Mufin Strawberi

Mufin Strawberi

Peminat rasa strawberi, boleh cuba resepi mufin strawberi ini. Mudah dan ringkas.

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 160 g gula aising
  • 180 g tepung kek
  • 4 butir telur
  • 0.5 ml esen ros
  • 10 ml perasa strawberi

Cara Memasak

  1. Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang.
  2. Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
  3. Masukkan telur, gaul rata.
  4. Masukkan tepung kek, tambahkan perasa strawberi. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan. Susun atas dulang.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit

7.   Mufin Kopi

Mufin Kopi

Perisa kopi pun ada. Tengok resepi cara buat mufin kopi disini

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 160 g gula aising
  • 180 g tepung kek
  • 4 butir telur
  • 0.5 esen ros
  • 10 ml perasa kopi

Cara Membuatnya

  1. Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang.
  2. Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
  3. Masukkan telur, gaul rata
  4. Masukkan tepung kek, tambahkan perasa kopi. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan. Susun atas dulang.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit

8.   Mufin Pandan

Mufin Pandan

Dengan warna kehijauan. Boleh cuba buat mufin pandan.

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 160 g gula aising
  • 180 g tepung kek
  • 4 biji telur
  • 0.5 ml esen ros
  • 10 ml perasa pandan.

Cara Membuat

  1. Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang
  2. Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
  3. Masukkan telur, gaul rata
  4. Masukkan tepung kek, tambahkan perasa pandan. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan. Susun atas dulang
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit.

9.   Mufin Oren

Mufin Oren

Jika anda minat rasa oren, boleh ganti perisa dengan perisan oren. Buat mufin oren.

Bahan-Bahan

  • 180 g marjerin
  • 160 g gula aising
  • 180 g tepung kek
  • 4 biji telur
  • 0.5 ml esen ros
  • 10 ml perasa oren.

Cara Membuat

  1. Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang
  2. Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
  3. Masukkan telur, gaul rata
  4. Masukkan tepung kek, tambahkan perasa oren. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan. Susun atas dulang
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit.

10.   Mufin Pelangi

mufin pelangi

Akhir sekali, jom tengok cara buat mufin pelangi. Berwarna-warni la mufin kita ni.

Bahan-Bahan

  • 100 g marjerin
  • 180 g tepung kek
  • 4 biji telur
  • 160 g gula aising
  • 0.5 ml esen ros
  • Setitik pewarna hijau
  • Setitik pewarna merah

Cara Membuat

  1. Pukul marjerin dan gula aising sehingga kembang
  2. Masukkan esen ros, gaul sebati. Kemudian, masukkan telur.
  3. Masukkan tepung, kacau rata. Bahagikan aduna kepada 3 bahagian, warnakan 2 bahagian dengna warna hijau dan pewarna merah.
  4. Ambil kertas, masukkan adunan secara berselang-seli
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit, kemudian bakar mufin selama 15 minit atau hingga masak. 

Post a Comment

Previous Post Next Post