10 Aneka Resepi Kek Raya Pelbagai Jenis

10 Aneka Resepi Kek Raya Pelbagai Jenis

Nanti Hari Raya bercadang nak buat kek sendiri tapi takda idea. Anda boleh tengok sini senarai 10 aneka resepi kek Raya pelbagai jenis yang anda boleh cuba. Kek ni pun antara juadah atau menu wajib selain daripada biskut raya sendiri.

Tahun ni, nampaknya raya akan disambut di rumah sahaja dan tidak dibenarkan keluar rumah untuk sesi kunjung mengunjung. Jadi kek raya ni, anda boleh buat untuk anda dan keluarga terdekat makan. Lebih bermurah hati, boleh sedekah pada jiran-jiran sebelah rumah kan.

Jadi jom kita ikuti 10 resepi bagi pelbagai jenis kek raya daripada Saji ini. Anda bake, anda boleh makan ketika raya nanti.

Kek Gulung Strawberi

Kek Gulung Strawberi

Bahan-Bahan

  • 120 g tepung kek
  • 20 g tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 6 biji telur
  • 20 g ovalatte
  • 120 g gula kastor
  • 50 ml minyak jagung
  • Jem strawberi

Cara Memasak

  1. Putar telur dan gular kastor sehingga kembang
  2. Masukkan esen vanila dan ovallate, diikuti dengan tepung kek serta tepung jagung. Pukul seketika sehingga kembang
  3. Masukkan minyak jagung dan gaul sehingga sebati
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180०C selama 18 minit
  5. Setelah kek masak, sejukkan. Kemudian sapukan dengan jem strawberi dan gulung hingga padat. Sedia untuk dihidangkan. Siap!

Kek Pisang

Kek Pisang

Bahan-Bahan

  • 200 g tepung gandum
  • 150 g pisang masak (lenyek)
  • 170 g gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk panaik
  • Setitik perisa pisang
  • Sedikit esen vanila
  • 120 g minyak jagung

Cara Memasak

  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik dan ketepikan. Sementara itu, gariskan loyang kek dengan sedikit marjerin. Panaskan ketuhar pada suhu 180०C
  2. Putar telur, ovallate dan gula sehingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang. Putar hingga sebati. Masukkan bahan yang sudah di ayak. Putar seketika sehingga kembang
  3. Akhir sekali, masukkan minyak, gaul hingga sebati. Masukkan dalam loyang setengah bancuhan sahaja kerana kek akan naik mengembang
  4. Bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan. Siap!

Chiffon Pandan

Chiffon Pandan

Bahan-Bahan

  • 6 biji telur kuning
  • 70 g gula kastor
  • 5 sudu besar minyak jagung
  • 8 susu besar air
  • 150 g tepung naik sendiri
  • Perisa pandan
  • Pewarna hijau
  • 80 g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil krim tartar
  • 6 biji telur putih

Cara Memasak

  1. MERINGUE: Putar semua bahan gular kastor, krim tartar dan telur sehingga kembang, gebu dan putih. Ketepikan
  2. Satukan telur kuning dan gula kastor, pukul menggunakan whisk hingga berkrim
  3. Masukkan air, minyak jagung dan tepung naik sendiri. Pukul hingga sebati
  4. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Satukan bancuhan ke dalam adunan meringue
  5. Tuang ke dalam acuan chiffon dan bakar pada suhu 180०C selama 45 minit. (Panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 15 minit)
  6. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari acuan. Siap!

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist

Bahan-Bahan

  • 250 g marjerin
  • 400 g gula kastor
  • 2 sudu besar glycherine
  • 1 sudu besar ovallete
  • 6 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 400 g tepung kek
  • 100 g serbuk koko
  • 10 g soda bikarbonat
  • 10 g serbuk penaik
  • 400 ml susu segar
  • 100 g krim putar UHT
  • 200 g coklat pes hazelnut
  • 50 ml susu cair

Cara Memasak

  1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga berkrim. Kemudian, masukkan esen vanila
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati
  3. Ayak bahan tepung kek, serbuk koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam bancuhan telur secara berselang-seli dengan bahan susu segar dan krim putar UHT
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170०C selama 35 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihias.
  5. Panaskan pes coklat hazelnut dan susu menggunakan kaedah double boiler. Kemudian tuangkan ke atas kek. Taburkan coklat urai di atas permukaan kek.

Kek Prune

Kek Prune

Bahan-Bahan

  • 250 g tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kulit kayu manis
  • 220 g gula kastor
  • 4 biji telur saiz A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 250 ml susu cair
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 250 ml minyak sayur
  • 250 g buah prune (cincang)
  • 50 g walnut (bakar & cincang)

Cara Memasak

  1. Campurkan susu cair dan jus lemon. Gaul rata dan biarkan selama 10 minit. Ketepikan
  2. Ayak ke semua bahan tepung kek, serbuk penaik, garam dan serbuk kulit kayu manis di dalam satu bekas dan ketepikan
  3. Pukul telur dan gula kastor sehingga kembang, masukkan esen vanila
  4. Kemudian masukkan bahan campuran tadi, diikuti dengan bancuhan susu cair dan jus lemon, gaul hingga sebati
  5. Tuangkan minyak sayur, masukkan buah prune dan walnut, gaul rata
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak
  7. Bakar di dalam ketuhar pada 170०C selama 1 jam

Kek Buah Bakar

Kek Buah Bakar

Bahan-Bahan

  • 250 g mentega
  • 25 g gula perang
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu besar gula hitam (black treacle)
  • 4 biji telur
  • 30 ml air sejuk
  • 230 g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 750 g buah-buahan campur
  • 50 g tepung gandum

Cara Memasak

  1. Putar bahan mentega dan gula perang sehingga berkrim. Kemudian, masukkan bahan syrup dan hula hitam perlahan-lahan, kacau rata
  2. Kemudian masukkan bahan telur bersama air sejuk dan tepung gandum serta serbuk penaik. Sebatikan adunan
  3. Akhir sekali, masukkan buah-buahan dan tepung gandum, kacau rata adunan
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek yang disapu dengan mentega dan dialas dengan kertas.
  5. Bakar pada suhu 170०C selama 1 jam. Keluarkan kek dari ketuhar. Sejukkan
  6. Siap!

Brownies Coklat Keju

Brownies Coklat Keju

Bahan-Bahan

  • 1 suku cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu air
  • 1 cawan minyak
  • 3 biji telur

Bahan Topping Keju

  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 250 g krim keju
  • 1 biji telur
  • 75 g gula halus
  • 1/4 cawan susu air

Cara Memasak

  1. Campurkan serbuk koko, susu cair dan minyak ke dalam periuk. Masak sehingga ke semua bahan larut. Ketepikan
  2. Putar telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik, dan esen vanila. Kacau sebati
  3. Masukkan sekali secara berselang seli adunan serbuk koko yang telah dimasak tadi. Sebatikan adunan
  4. Sapukan loyang dengan sedikit mentega, tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 40 minit.
  5. TOPPING KEJU : Masukkan semua bahan kecuali susu dan putar bahan itu sehingga larut. Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan. Ketepikan.
  6. Setelah brownies siap kukus, tuangkan topping keju di atas brownies. Kukus selama 20 minit

Kek Red Velvet

Kek Red Velvet

Bahan-Bahan

  • 245 g tepung kek
  • 115 g mentega
  • 200 g gula
  • 240 ml minyak masak
  • 240 buttermilk
  • 10 g serbuk koko
  • 5 g serbuk penaik
  • 200 g gula
  • 3 g garam
  • 22 ml esen vanila
  • 15 ml pewarna merah
  • 5 ml cuka
  • 4 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 750 g krim keju
  • 300 g gula aising
  • 1 biji jus lemon

Cara Memasak

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180०C. Gris dua loyang berukuran 6 cm dengan mentega.
  2. KEK : Di dalam mangkuk, masukkan tepung kek, serbuk penaik, serbuk koko dan garam. Ketepikan
  3. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sebati
  4. Masukkan kuning telur, buttermilk, buka dan pewarna merah. Diikuti dengan campuran tepung ke dalam adunan mentega. Pukul pada kelajuan sederhana sehingga kembang
  5. Sediakan satu lagi mangkuk, pukul telur putih bersama gula sehingga kembang. Masukkan meringue ke dalam campuran adunan
  6. Bahagikan kepada dua bahagian adunan, ke dalam dua loyang yang telah digris terlebih dahulu
  7. Bakar selama 30 - 35 minit. Setelah kek masak, keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan selama lebih kurang 15 minit sebelum di sapur dengan krim keju
  8. KRIM KEJU : Pukul krim keju bersama gula aising sehingga kembang. Masukkan jus lemon dan pukul sehingga sebati. 

Kek Strawberi Pudina

Kek Strawberi Pudina

Bahan-Bahan

  • 240 g tepung naik sendiri
  • 250 g mentega
  • 210 gula aising
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit esen pudina
  • Sedikit strawberi
  • Emulco
  • Kelapa kering

Cara Memasak

  1. Pukul bahan mentega dan gula aising hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan esen vanila diikuti dengan tepung naik sendiri sertam garam. Gaul sebati
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dimasukkan pewarna hijay bersama esen pudina. Satu adunan lagi masukkan strawberi emulco
  3. Sapukan loyang dengan mentega dan tuangkan adunan hijau berselang seli dengan strawberi sehingga habis mengikut kreativiti anda.
  4. Bakar adunan di dalam ketuhar selama 50 minit dengan suhu 170०C
  5. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan taburkan kelapa kering di atas kek

Carrot Walnut Cheese

Carrot Walnut Cheese

Bahan-Bahan

  • 300 g tepung gandum
  • 10 g serbuk penaik
  • 250 g mentega
  • 300 g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil sola bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 300 g lobak merah (parut)
  • 100 g walnut (cincang)

Bahan Topping

  • 250 g krim keju
  • 125 g mentega
  • 125 g gula aising

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, beserta esen vanila.
  2. Diikuti dengan tepung gandum, serbuk panaik, garam soda bikarbonat dan serbuk kayu manis. Sebatikan adunan
  3. Masukkan lobak merah dan walnut. Kacau rata adunan
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang, bakar pada suhu 150०C sehingga 1 jam
  5. TOPPING : Pukul kesemua bahan topping itu sehingga licin. Ketepikan.
  6. Setelah kek masak, topping kek mengikut kreativiti anda.


sumber : SAJI

Post a Comment

Previous Post Next Post