Tawaran Diskaun 50% Bagi Saman Daripada PDRM Dengan Pembayaran Secara Online


Berita baik kepada mereka yang ingin membayar saman PDRM, ini kerana bermula 18 Mei nanti, anda boleh dapatkan tawaran diskaun 50% jika pembayaran dibuat secara online.

Sebelum itu, pihak PDRM akan membuka kembali perkhidmatan kaunter bayaran saman dan pembekalan dokumen kemalangan secara berperingkat bermula 18 Mei 2020. Ini bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran sama serta pembekalan dokumen-dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Kaunter perkhidmatan berkenaan akan beroperasi seperti berikut :

Isnin & Rabu - 9 Pagi hingga 2 Petang
Jumaat - 9 Pagi hingga 12 Tengah Hari
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

Isnin, Rabu & Ahad - 9 Pagi hingga 2 Petang
Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Jadi kepada orang ramai yang ingin berurusan di kaunter kelak, anda perlu patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan.

Diskaun 50% Pembayaran Saman Secara Atas Talian

Dalam masa yang sama, PDRM akan memberikan diskaun 50% saman trafik jika anda lakukan pembayaran secara online selama 4 hari bermula 18 Mei hingga 21 Mei 2020. Anda boleh membuat pembayaran melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my

Jadi jika anda mempunyai saman trafik yang ingin dibayar, mungkin inilah masanya untuk dapatkan potongan atau diskaun sehingga 50%.


sumber : PDRM

Post a Comment

Previous Post Next Post