Dr. Luqman Dilantik Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan Baharu Ke-8. Ikuti Juga Senarai Bekas Mufti Sebelum Ini

Dr. Luqman Dilantik Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan Baharu Ke-8

Hari ini, Dr. Luqman Abdullah telah dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan baharu bagi menggantikan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang telah dilantik menjadi Menteri Agama dibawah kerajaan baharu pada Mac yang lepas.

Sejurus selepas dilantik, satu majlis serah tugas telah berlangsung dalam suasana yang ringkas dan mahabbah di Pejabat Menteri Agama antara Sahibus Samahah Dr Luqman bin Tuan Guru Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 yang baharu dan YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Lantikan ini berkuat-kuasa bermula 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022.

Dalam ciapan yang dibuat oleh YB Senator di Twitternya, beliau mohon maaf kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya sekiranya terdapat tutur kata, tindakan mahupun apa jua salah dan silap sepanjang 6 tahun perkhidmatan beliau sebelum ini.

Selain itu, YB Senator juga sebagai bekas Mufti WP berdoa kepada Allah SWT semoga dikurniakan kekuatan kepada S.S. Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu agar dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin. Beliau juga yakin, S.S. Dr. Luqman mampu untuk memimpin institusi fatwa di Wilayah Persekutuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Tahniah di ucapkan kepada Sahibuh Samahah Dr Luqman bin Tuan Guru Haji Abdullah atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Dr. Luqman Dilantik Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan Baharu Ke-8

Biodata Ringkas Dr Luqman Abdullah

Nama : Dr Luqman bin Tuan Guru Haji Abdullah
Tarikh Lahir : 12 September 1969
Asal : Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan
Pendidikan
  • Sekolah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas (1976-1980)
  • Sekolah Menengah Ugama (Arabiah), Pasir Mas (1981-1986)
  • Pra Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (1987-1989)
  • Peringkat Sarjana Mudah di Fakulti Syariah, Akademi Islam Universiti malaya (1989-1993(
  • Pernah mengikuti pengajian Undang-Undang Perbandingan di UIA (1994-1995)
  • Peringkat Pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti of Edinburgh, Scotland pada tahun 2005 dalam bidang undang-undang harta Islam
Kerjaya :
  • Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah
  • Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
  • Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan
  • Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
  • Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
  • Mufti Wilayah Persekutuan (2020-2022) 

Senarai Mantan Mufti Wilayah Persekutuan


SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 - 7 Februari 1984)

SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh

SS Dato’ Sheikh Othman Bin Hj. Ibrahim (2 September 1986 - 30 September 1990)

Dato’ Sheikh Othman Bin Hj. Ibrahim

SS Tan Sri Abdul Kadir Bin Talip (15 Julai 1991 - 16 Januari 1997)

Tan Sri Abdul Kadir Bin Talip

SS Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahya (1 Mac 1997 - 15 Januari 2003)

Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahya

SS Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain (31 Januari 2003 - 15 Januari 2005)

Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain

SS Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh (21 Mac 2005 - 20 Mac 2014)

Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh

SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (23 Jun 2014 - 9 Mac 2020)

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Post a Comment

Previous Post Next Post