Warner Bros Umumkan Tarikh Baharu Tayangan Bagi Filem-Filem DC Extended Universe

Hari ini, pihak Warner Bros telah mengumumkan tarikh-tarikh baharu tayangan bagi filem-filem DC Extended Universe (DCEU) seperti The Batman, The Flash, Wonder Women dan sebagainya.

Tarikh Baharu Tayangan Bagi Filem-Filem DC Extended Universe

Jika sebelum ini, pihak Disney juga mengeluarkan tarikh baharu bagi tayangan filem-filem Marvel Cinematic Universe selepas beberapa filem awalnya terpaksa ditunda kerana krisis dunia pandemik COVID-19. Juga terkesan tempoh perfileman, jadi tarikh tayangan juga harus ditundakan.

Situasi ini sama juga terkesan pada filem-filem DCEU. Yang paling awal ditunda adalah Wonder Women 1984 yang sepatutnya akan ditayangkan pada bulan Jun 2020. Selepas terpalit dengan krisis pandemik virus ini, Warner Bros telah menunda tayangan filem itu ke Ogos 2020.

Sejurus dengan keputusan itu, hari ini sekali lagi Warner Bros telah mengumumkan tarikh baharu tayangan bagi filem-filem lain dibawah DCEU.

Tarikh Tayangan Baharu Filem DC Extended Universe

Kesemua tarikh tayangan ini adalah dikeluarkan bagi tayangan di US. Jika di Malaysia, tarikh tayangannya mungkin berbeza sehari atau mengikut pengumuman daripada pengedar sah sendiri kelak.

Senarai filem

  • Wonder Woman 1984 - 13 Ogos 2020
  • The Suicide Squad 2 - 6 Ogos 2021
  • The Batman - 1 Oktober 2021
  • Black Adam - 22 Disember 2021
  • The Flash - 3 Jun 2020
  • Shazam 2 - 4 November 2022
  • Aquaman 2 - 16 Disember 2022
Tarikh Baharu Tayangan Bagi Filem-Filem DC Extended Universe

Post a Comment

Previous Post Next Post