Dr. Hisham Trending Di Twitter Dengan Ucapan Hari Jadi

Nama Dr Hisham kini trending sekali lagi Twitter dengan tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham. Ini berikutan hari kelahiran beliau pada hari ini.

Dr. Hisham Trending Di Twitter Dengan Ucapan Hari Jadi

Sebelum ini, Dr Hisham pernah trending kerana pernah digelar Wira Negara daripada rakyat Malaysia dan juga dinobatkan 3 dokter paling berjaya dalam tangani permasalaha pandemik COVID-19 mewakili negara Malaysia.

Hari ini sekali lagi, wira negara itu trending lagi dengan #HappyBirthdayDGHisham apabila beliau menyambut hari kelahirnya yang ke-57. Beliau dilahirkan pada 21 April 1963 dan telah bermula berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bermula pada April 2013.

Semalam, DG Hisham telah meminta hadiah daripada seluruh rakyat Malaysia dan permintaan mudah dan murah sahaja iaitu

"Hadiah yang paling bermakna buat saya sekarang ini adalah, supaya rakyat Malaysia duduk di rumah dan mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik setiap masa"

Selamat Hari Lahir DG Hisham

Selamat Hari Lahir DG Hisham

Semenjak kemelut pandemik COVID-19 menyerang Malaysia, antara individu yang berada di barisan hadapan adalah Dr. Noor Hisham Abdullah bersama-sama petugas kesihatan yang lain yang juga dianggap hero oleh beliau. Diharapkan segala usaha mereka bersama, virus ini dapat dibendung dan diputuskan rantaian sesama manusia.


Kami di HelloKerja juga mengucapkan Ketua Pengarah Kesihata, Dr. Nood Hisham Abdullah dengan ucapan Selamat Hari Lahir dan terus dipermudahkan urusan segalanya termasuk membendung COVID-19 ini daripada menular ke seluruh negara.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended