6 Langkah Dan Kriteria Daripada KKM Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia

Pihak KKM diwakili oleh Ketua Pengarah telah mengumumkan 6 langkah dan kriteria bagi menamatkan Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) selepas ini.

6 Langkah Dan Kriteria Daripada KKM Bagi Menamatkan pkp
sumber: says.com

Kita sudah masuk ke fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu bermula 18 April hingga 28 April 2020 ini. Jika dhitung, kita sudah masuk hari ke 35 ketika artikel ini ditulis. Sudah masuk sebulan lebih rakyat Malaysia berada di rumah yang merupakan antara langkah pencegahan bagi penularan COVID-19 ini.

Dalam sidang media terbaru, Dr Noor Hisham Abdullah telah diajukan soalan, apakah kriteria yang membolehkan PKP ini ditamatkan? Adakah perlu ke 0 kes baru PKP ditamatkan?

Beliau menjawab, terdapat 6 rangka kriteria daripada pihak KKM jika ingin PKP ini ditamatkan selepas 28 April 2020 ini. Langkah ini diberitahu mestilah disambut oleh semua orang dan bukan mengharapkan daripada pihak Kerajaan atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja. Anda boleh lihat video penuh di laman twitter Astro Awani disini.

6 Garis Panduan Atau Kriteria Tamatkan PKP

6 Langkah Dan Kriteria Daripada KKM Bagi Menamatkan pkp

  #1.  Mengawal Sempadan Daripada Kes Import

Jika dilihat daripada data terkini, daripada rakyat Malaysia yang pulang ke Malaysia, 95 daripadanya disahkan positif COVID-19. Jadi kawalan sempadan ini penting bagi membendung jangkitan virus ini. Jika sebelum ini, setiap mereka yang pulang ke tanah air, akan di kuarantin 14 terus ke pusat-pusat kuarantin yang telah digazitkan oleh pihak Kerajaan

  #2.  Kawalan Pergerakan

Ini merupakan jangkitan yang sering terjadi kini iaitu jangkitan daripada individu kepada individu yang lain. Jika sebelum ini dilaporkan, kluster Tabligh sahaja sudah masuk ke generasi ke 5. Jadi jika kita duduk dirumah, kebarangkalian untuk kita dijangkiti adalah kurang. Justeru itu, segala perhimpunan yang melibatkan orang ramai tidak dibenarkan sama sekali kerana kebarangkalian untuk dijangkiti adalah tinggi dan mungkin menjangkiti lebih ramai orang.

  #3.  Kemampuan Sistem Kesihatan Negara

Sistem kesihatan dari segi makmal yang mampu untuk mengesan kes-kes positif. Alatan seperti PCR digunakan 24 hingga 48 jam seperti yang dikeluarkan oleh WHO. Jadi dalam kes di negara kita, pihak KKM berharap penggunaanya kalau boleh kurang daripada 24 jam.

Selain itu, menyediakan kapasiti wad dan ICU juga adalah penting. Jika sistem ini bagus, barulah PKP ini boleh ditamatkan.

  #4.  Kemampuan Melindungi Golongan Berisiko Tinggi

Golongan berisiko tinggi disana termasuk golongan yang berusia, OKU, pesakit yang memerlukan rawatan kimoterapi dan individu-individu yang berpenyakit. Jadi golongan ini jika dapat diselia dan dijaga dengan baik, mungkin PKP ini boleh diberhentikan bagi seluruh Malaysia

  #5.  Kesiap-siagaan Menjalani Norma-Norma Baharu Sebagai Amalan Hidup

Inilah yang disarankan oleh pihak KKM sejak bermula lagi kes COVID-19 ini melanda negara. Kita sering lihat arahan supaya kita sentiasa menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dan mengelakkan perhimpunan. Perkara ini tidak seharusnya berhenti bila PKP tamat, tetapi menjadikan amalam baharu untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia. Ianya juga dipanggil "newnorm"

  #6.  Kemampuan Melaksanakan Langkah Pencegahan Dalam Komuniti

Ini juga sama seperti mengelakkan perhimpunan besar-besaran, sentiasa membuat penjarakkan sosial apabila berada di sesebua kawasan yang mungkin ada orang lain. Adakah kemampuan komuniti kita cakna akan tingkah laku ini bagi mencegah penularan COVID-19 daripada individu kepada individu yang lain.

KKM belum pasti sama ada PKP akan ditamatkan atau dilanjutkan. Ia bergantung kepada data-data yang dikumpul oleh KKM. Tapi yang kita pasti ialah tiada perhimpunan ramai, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan. - DG Hisham

Jadi inilah antara kriteria yang dikongsikan sendiri oleh Dr Noor Hisham bagaimana langkah yang boleh diambil bagi menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kesemua garis panduan ini mestilah dilakukan oleh semua pihak dan bukan tertakluk kepada pihak Kerajaan atau pihak KKM sahaja. Tetapi cadangan atau rangka ini masih di dalam peringkat perbincangan.

Diharap suatu hari nanti, pihak Kerajaan bersama KKM dapat keluarkan garis panduan yang gitu bagi menamatkan PKP di Malaysia.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended