Tarikh Baru Tayangan Telah Dikeluarkan Bagi Filem Marvel Studio Cinematic

Tarikh baru tayangan filem Marvel Studios Cinematic telah diumumkan oleh pihak Disney seperti filem Black Widow, The Eternals, Shang-Chi, Black Panther 2 dan banyak lagi.

Tarikh Baru Telah Dikeluarkan Bagi Tayangan Filem Marvel Studio Cinematic

Disney baru sahaja mengeluarkan tarikh baru tayangan bagi filem Marvel Cinematic Universe, MCU selepas beberapa filem sebelum ini telah ditunda ekoran krisis penularan COVID-19 di seluruh dunia. Jadi filem tersebut telah dibatalkan tayangan termasuklah di Malaysia.

Yang paling terbaru mungkin ditayangkan sebelum ini adalah filem Black Widow yang dijadualkan pada 1 Mei 2020 terpaksa di batalkan. Sejurus selepas itu, Disney membuat keputusan untuk menangguhkan tayangan dan banyak syarikat wayang terpaksa memberi refund kepada penonton yang telah membeli tiket sebelum itu.

Tarikh Baru Tayangan Filem MCU

Disebabkan tayangan Black Widow ditunda daripada tarikh tayangan 1 Mei 2020 kepada 6 November 2020, jadi kesemua filem MCU yang lain juga terpaksa dianjak kepada tarikh lain supaya sesuai dengan tempoh tayangan.

Tarikh yang dikeluarkan ini adalah bagi tayangan di Amerika Syarikat. Jika di Malaysia kebiasaanya akan ditayangkan sehari awal daripada tarikh tersebut. alert-info

Senarai Tarikh Baru MCU

2020
  • Black Widow - 6 November 2020

2021
  • The Eternals - 21 Februari 2021
  • Shang-Chi and the Legend of The Ten Rings - 7 Mei 2021
  • Doctor Strange in the Multiverse of Madness - 5 November 2021

2022
  • Thor: Love and Thunder 18 Februari 2022
  • Black Panther 2 - 6 May 2022
  • Captain Marvel 2 - 9 Julai 2022

Tarikh Baru Telah Dikeluarkan Bagi Tayangan Filem Marvel Studio Cinematic

Post a Comment

Previous Post Next Post