Dr Noor Hisham Dinobatkna Sebagai 3 Doktor Terbaik Dunia Mengendalikan Kes COVID-19

Tidak salahlah Dr Noor Hisham sebelum ini digelar Wira Negara apabila kali ini beliau sendiri dinobatkan sebagai antara 3 doktor terbaik dunia mengendalikan kes pandemik COVID-19.


Dr Noor Hisham Dinobatkna Sebagai 3 Doktor Terbaik Mengendalikan Kes COVID-19

Di Malaysia, krisis COVID-19 ini mula di kesan pada Januari 2020 dan semakin meningkat dari hari ke hari. Selepas hampir 4 bulan berada di Malaysia, pelbagai alternatif yang diusahakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya disamping disokong oleh pihak Kerajaan sendiri.

Jika di Malaysia, individu tertinggi yang bertanggungjawab mengendalikan wabak COVID-19 ini adalah Ketua Pengarah Kesihatan sendiri, Dr Noor Hisham Abdullah. Walaupun berada dalam pelbagai situasi, beliau sentiasa teguh dan komited bagi membendung dan melawan musim halimunan COVID-19 ini.

Sehingga hari ini, Dr Noor Hisham setiap petang pastinya tidak jemu mengemaskini dan memberi informasi kepada semua rakyat Malaysi berkaitan data dan statistik harian berkaitan virus ini. Pelbagai nasihat dan procedure yang diutarakan supaya rakyat Malaysia terus dihindari daripada Corona Virus ini.

Dr Noor Hisyam Dinobat Antara Doktor Terbaik Dunia

Dr Noor Hisham Dinobatkna Sebagai 3 Doktor Terbaik Mengendalikan Kes COVID-19

Dengan hasil komited beliau, hari ini beliau, Dr Noor Hisham telah diiktiraf antara 3 doktor terbaik di dunia bagi mengendalikan kes COVID-19 ini mewakili Malaysia. Beliau dinobatkan oleh China Globa TV Network (CGTN).

2 doktor lain itu adalah seorang penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci dan seorang lagi adalah Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield. Ketiga pastinya, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Ketiga-tiga doktor ini mendapat pujian ramai di negara masing-masing malah di dunia apabila tenang, jelas dan dipercayai sepanjang mengendali kes COVID-19 ini. Jika di Malaysia pula, beliau pernah digelar Wira Negara oleh rakyat Malaysia sebelum ini dan pastinya disukai oleh semua rakyat Malaysia.

Dalam sidang media 16 April 2020 ada pihak media mengutarakan soalan berkaitan pengiktirafan ini, berikut adalah jawapannya

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak barisan hadapan sama ada daripada pihak Kesihatan, Polis, Tentera dan mereka yang tampil kedepan untuk melaksanakan dan membendung jangkiran virus ini. Jadi pengiktirfan tersebut (3 doktor terbaik dunia) bukan untuk saya, tetapi untuk Negara" - Dr Noor Hisham Abdullah


Post a Comment

Previous Post Next Post