Kerajaan Umumkan Insentif Kepada Penerbit Filem Tempatan

Dikala tempoh PKP ini, pastinya ramai golongan yang terkesan disebabkan terpaksa berhenti kerja termasuklah juga penggiat seni. Oleh itu, Kerajaan telah mengumumkan insentif khas kepada penerbit filem tempatan.

Kerajaan Umumkan Insentif Kepada Penerbit Filem Tempatan

Jika sebelum ini beberapa insentif telah diumumkan oleh Kerajaan bagi membantu pelbagai pihak kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang sudah masuk ke fasa 3 yang berakhir pada 28 April 2020 ini.

Jadi selama tempoh itu, ada beberapa sektor sahaja dibenarkan untuk beroperasi dan sektor lain sebaliknya. Jadi antara sektor terjejas pastinya dalam industri kreatif dan seni. Anda tidak boleh keluar rumah, anda perlu menjaga penjarakkan sosial, elakkan mass gathering. Kebanyakkan perkara ini pastinya berlaku jika industri kreatif dan seni ini dibenarkan beroperasi.

Jadi selama itu, penerbit filem tempatan khususnya tidak boleh bekerja dan berkarya. Pastinya pendapatan juga terganggu. Susulan itulah, Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM) telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Insentif Kepada Penerbit Filem Tempatan

Kerajaan Umumkan Insentif Kepada Penerbit Filem Tempatan

Jadi selepas beberapa pertemua dibuat, hari ini Menteri Komunikasi & Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah memberitahu pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah mengangkat satu cadangan khusus iaitu tentang Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC). Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakan penerbit filem terus menghasilkan filem tempatan.

Pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM) bersetuju dengan mengumumkan dana sebanyak RM1,325,560.11 telah diluluskan kepada sebilangan syarikat yang layak. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut, anda boleh hubungi pihak pengurusan FINAS.

Diharap bantuan yang disalurkan ini, pihak penerbit filem tempatan terus berkarya dengan menghasilkan KARYA YANG BERKUALITI bagi tontonan rakyat Malaysia khususnya.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended