Dr. Noor Hisham, Wira Negara Perangi COVID-19

Inilah wira negara yang dikatakan "Not all heroes wear capes". Selain itu, beliau juga manusia paling popular ketika ini terutamanya bagi menghadapi dan perangi COVID-19.

Wira Negara Perangi COVID-19

Kerja beliau persis superhero iaitu menyelamatkan nyawa manusia tetapi bidang yang diceburi tidak se popular seperti bidang-bidang lain yang sering muncul di televisyen. Inilah susuk Datuk Dr Noor Hisham yang komited dan ikhlas dengan kerjanya di dalam bidang Kesihatan.

Sehingga terdapat dalam 1 wawancara ketika beliau membuat pengumuman rasmi statistik berkaitan COVID-19 ini memberitahu beliau merupakan Wira Negara ketika ini. Dengan kenyataan yang diberi itu, beliau masih merendah diri dengan memberi jawapan balas

"Pada saya, tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita"

Beliau bagaikan "Ketua" di medan ini yang kini mengepalai ribuan doktor, jururawat serta petugas kakitangan kesihatan Malaysia. Walaupun kita boleh nampak raut wajah beliau seakan penat kerana perlu bekerja siang dan malam, tetapi beliau terus cekal dan memberi komitmen 100% dengan amanah yang diberi setiap masa sama seperti para petugas yang lain.

Walaupun beliau dianggap Wira Negara, namun beliau sedikit pun tidak melupakan jasa dan pengorbanan petugas yang kerja dibawahnya yang bertungkus lumus berjuang di medan itu terutamanya bagi melawan COVID-19 ini.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua doktor yang bekerja siang dan malam, menggalas tugas yang amat berat dan terus berkhidmat untuk negara. Sedarilah kita adalah benteng pertahanan terakhir negara. Sesungguhnya kegagalan bukanlah satu pilihan" - Dr Noor Hisham Abdullah


Manusia Paling Popular Ketika Ini

Wira Negara Perangi COVID-19

Kita sedia maklum, beliau antara orang terpenting bagi perangi krisis COVID-19 ketika ini. Dengan keputusan yang dibuat bersama-sama petugas frontliner yang lain, sehingga beliau sendiri di ajak menjadi salah seorang saintis dunia perangi COVID-19 ini.

Sejak beberapa minggu lalu, wajah ini saban hari muncul di kaca TV, di dada akhbar dan sering diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Setiap petang, seluruh rakyat Malaysia pasti menunggu Dr Noor Hisham muncul di kaca TV bagi mengumumkan statistik kes terkini.

"Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita boleh lakukan bersama-sama untuk memerangi COVID-19"

Sehingga kini, akaun laman sosial beliau diserbu ratusan ribu pengikut baik di facebook dan twitter. Jika di page facebook Noor Hisham Abdullah (DGHisham) mempunyai 363,748 likers manakala akaun twitter Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) dengan 165,349 follower.

Biodata Dr Noor Hisham Abdullah

Wira Negara Perangi COVID-19

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh sinarharian, Dr Noor Hisham merupakan anak kelahiran Sepang, Selangor yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan seorang pakar bedah terlatih.

Beliau mula menyertai dalam sektor Perkhidmatan Awam pada Ogos 1988 sebagai Pegawai Perubatan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global, Persatuan Pembendahan Antarabangsa ketika itu.

Zaman Kecil

Beliau merupakan bekas pelajar Methodist Boys Secondary School Kuala Lumpur (MBSSKL). Beliau juga dibesarkan bukanlah di dalam keluarga yang mewah dimana menurut laman web bekas pelajar MBSKL itu memaklumkan bahawa beliau dibesarkan di sebuah flat kecil di Kuala Lumpur iaitu Flat Loke Yew oleh seorang ibu tunggal.

Selain itu juga, beliau terpaksa berjalan kaki ke sekolah dan ibunya juga telah memberi kebenaran kepada guru untuk merotannya jika perlu ketika berada di sekolah.

Sebelum bergelar Ketua Pengarah Kesihatan pada Mac 2013, beliau juga sebenarnya menjawat tugas penting dalam KKM antaranya adalah Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya. Beliau juga menjadi Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004 dan Pakar Bedah Umum pada 1994.

Sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, beliau pernah berkhidmat di bawah 3 orang Perdana Menteri iaitu Dato' Sri Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakala 4 orang Menteri Kesihatan iaitu Dato' Sri Liow Tiong Lai (2013), Datu Sri Subramaniam Sathasivam (2013-2018), Dr. Dzulkefly Ahmad (2018-2020) dan Datuk Seri Dr. Adham Baba (2020-terkini)

Biodata Ringkas

Nama : Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Tarikh Lahir : 21 April 1963
Tempat Lahir : Sepang, Selangor
Pengalaman :
  • Ketua Pengarah Kesihatan bermula 1 April 2013
  • Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bermula 29 Januari 2008
  • Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya pada 16 Ogos 2002
  • Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin, Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur pada 16 Januari 1998
  • Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia pada 1997-1998
  • Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia pada 1997
  • Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu bermula 1 Julai 1994
  • Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur pada 1990-1994
  • Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur pada 2 Oktober 1989
  • House Officer University Hospital Kuala Lumpur bermula 1 Ogos 1988

sumber : KKM, Sinarharian

Post a Comment

Previous Post Next Post