5 Filem Tempatan Terpaksa Tangguh Tayangan Disebabkan Penularan Pandemik COVID-19

Ternyata bukan filem antarabangsa sahaja terkesan, filem tempatan juga terpaksa tangguh tayangan juga disebabkan krisis yang sedang meruncing sekarang iaitu virus membunuh COVID-19.

Filem Tempatan Terpaksa Tangguh Tayangan

Penangguhan tayangan ini selari dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu mengelakkan mass gathering dan penjarakkan sosial disamping arahan daripada pihak Kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu juga, panggung wayang tidak dibenarkan beroperasi kerana bukan berada di dalam sektor servis keperluan yang disenaraikan serta diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada awal PKP diadakan. Sehingga kini, PKP telah dilanjutkan kepada fasa 3 yang mungkin berakhir pada 28 April 2020 ini.

Sepanjang tempoh ini pastinya tiada tayangan filem baru yang boleh ditayangkan di pawagam kecuali filem Daulat yang membuat keputusan dipertontonkan di iFlix pada.

Selain itu, pada awal Mac juga ada ditayangkan filem tempatan iaitu filem Bulan & Pria Terhebat. Ianya ditayangkan pada 12 Mac 2020 dan terpaksa diberhentikan tayangan selepas 6 hari dipawagam kerana PKP. Setakat hari ini masih tiada tarikh diumumkan bila filem ini akan disambung.

filem bulan & pria terhebat

Tarikh Asal : 12 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan

5 Filem Tempatan Tangguh Tayangan


1.  Escape

filem Escape

Genre : Aksi
Pengarah : Ikhwansha Hazer
Pelakon : Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asraf dan ramai lagi
Tarikh Asal : 26 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan

2.  Town Mall

filem Town Mall

Genre : Seram
Pengarah : Dato' Sri Eizlan Yusof
Pelakon : Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal dan Datuk Jalaluddin Hassan
Tarikh Asal : 26 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan

3.  Roh

filem Roh

Genre : Seram
Pengarah : Emir Ezwan
Pelakon : Farah Ahmad, Namron, June Lojong dan ramai lagi
Tarikh Asal : 19 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan

4.  Kenderaan Berat Ikut Kiri

filem Kenderaan Berat Ikut Kiri

Genre : Romantik komedi
Pengarah : Jefry Talib
Pelakon : Syafie Naswip, Sweet Qismina, Ropie, Sathiya dan ramai lagi
Tarikh Asal : 26 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan

5. Takut Ke Tak

filem Takut Ke Tak

Genre : Komedi seram
Pengarah : Muzzamer Rahman
Pelakon : Nabil Aqil, Fabian Loo, Ika Nabella, Arwind Kumar dan Han Zalini
Tarikh Asal : 2 April 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan


sumber : cinema.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post