Antara Sektor Baru Yang Dibenarkan Beroperasi Dalam PKP Fasa 3 Kali Ini

Bagi mengimbangi kelangsungan ekonomi negara dan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membenarkan sektor-sektor baru yang dibenarkan untuk beroperasi.

Antara Sektor Baru Yang Dibenarkan Beroperasi Dalam PKP Fasa 3 Kali Ini

Permulaan PKP pada 18 Mac 2020 yang lepas, Kerajaan telah membenarkan beberapa sektor yang kritikal termasuk sektor perubatan dan keperluan asa untuk beroperasi tertakluk syarat-syarat yang ditetapkna oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan berada di pada fasa 2 (1-14 April) dan yang terbaru dilanjutkan kepada 2 minggu iaitu bermula 15 hingga 28 April 2020 bagi fasa 3 pula. Keputusan ini dibuat berdasarkan nasihat daripada KKM supaya mengurangkan dan mengekang jangkitan COVID-19.

Sektor Baru Yang Dibenarkan Beroperasi Dalam Tempoh PKP

Antara Sektor Baru Yang Dibenarkan Beroperasi Dalam PKP Fasa 3 Kali Ini

Kebenaran ini dibuat bertujuan bagi menjamin kelangsungan ekonomi negara, mengelakkan kehilangan pekerjaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia selain rakyat juga mampu mendapatkan keperluan asa dan produk kritikal.

Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

Jadi dengan keputusan yang dibuat ini, syarikat-syarikat di dalam sektor baru atau tambahan yang disenaraikan ini boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula isnin, 13 April 2020 dari jam 9 pagi. Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawan MITI iaitu www.miti.gov.my

Senarai Sektor Tambahan Yang Dibenarkan Beroperasi

  1. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan)
  2. Industri Mesin dan peralatan
  3. Industri Aeroangkasa
  4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
    • Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
    • Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
    • Kerja-kerja terowong
    • Kerja-kerja penyelenggaraan
    • Kerja-kerja cerun
    • Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
    • Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
    • Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
    • Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
    • Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
    • Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk, arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.
    • Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) - (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19; makmalmakmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.
  5. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
  6. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan
  7. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja)
  8. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Diharap mana-mana pekerja yang terlibat dalam sektor ini dapat bekerja semula dan pastinya langkah penjagaan kebersihan dan social distancing harus dijaga



Post a Comment

Previous Post Next Post