Sekarang ber TikTok adalah perkara biasa sahaja. Kini sudah menjadi trend bukan sahaja di China tetapi seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kita lihat macam mana sebuah aplikasi China dapat tawan dunia apabila ia keluar daripada Tanah Besar China itu sendiri. Hampir seluruh dunia tahu akan kewujudan TikTok sehingga di Amerika Syarikat sekali.
Di Malaysia juga pun apa kurangnya. TikTok kini seolah-olah menjadi aplikasi media sosial utama sama seperti Facebook dan Twitter. Media hiburan pun sekarang sudah menambah aplikasi TikTok menjadi media sosial rasmi seakan perkara utama plak.
Aplikasi TikTok agak berbeza dengan aplikasi media sosial lain yang mana ia mengfokuskan kepada video sama seperti Youtube. Anda boleh merakam video dengan durasi pendek bersama-sama muzik pelbagai genre sebagai latar belakang.
Kebiasaany, permainan TikTok ini dimainkan oleh golongan anak muda. Anda boleh lihat bagaimana mereka mempergunakan aplikasi ini dengan pelbagai jenis. Ada yang lip-sync, ada yang menari, ada yang memberi tutorial, pertunjukkan silap mata, cara memasak, pendidikan dan sebagainya.
Tambahan lagi, baru-baru ini tular di media sosial dimana Menteri mengajak anak muda sertai pertandingan TikTok, tetapi akhirnya diterima kecaman daripada nitizen. Ini kerana rata-rata memberika komen dimana TikTok ini memberi keburukan kepada agama, masyarakat apatah lagi kepada anak muda sekarang ini.
Jadi betul ke perkara ini memberikan keburukan ke agama? Keburukan kepada masyarakat? Justeru itu, sebelum itu lagi, Mufti Wilayah pernah mengeluarkan hukum dan panduan untuk bermain TikTok.
Hukum Bermain TikTok Menurut Pandangan Mufti Wilayah
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
Maksudnya:” Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas pengharamnya
Pengguna yang bertanggungjawab mengurus sebarang aplikasi sama ingin memandu kepada jalan yang bermanfaat mahupun jalan yang membawa kerosakan. Justeru, hukum harus boleh berubah kepada hukum lain tertakluk cara pengguna mengendalikannya. Hal ini, situasi gambaran isu kadangkala boleh menatijahkan hukum yang berbeza berdasarkan kaedah umum yang menyebut:
الحكم على الشيئ فرع عن تصوره
Maksudnya: “Hukum terhadap sesuatu perkara merupakan cabang daripada gambarannya'
Aplikasi TikTok boleh dikategorikan sebagai hiburan. Persoalannya, adakah bermain TikTok termasuk hiburan yang dibenarkan syarak? Beberapa penetapan hukum dalam hiburan antaranya ialah:
- Makruh, sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang kesan baik kepada manusia kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.
- Haram, sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat. Ini seperti perbuatan yang bercampur dengan perkara yang diharamkan syarak
- Dibenarkan dan digalakkan, sekiranya hiburan itu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat
Merujuk kepada fungsi TikTok mahupun sebarang persamaan aplikasi tersebut yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik, maka permainan video TikTok hanya sia sia dan tidak mendatang sebarang faedah dan kategori hiburan yang dihukumkan makruh.
Penutup
Setelah meneliti hujah yang dibentangkan, permainan video TikTok yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik hanya perbuatan sia-sia dan tidak mendatang sebarang faedah.
Adapun, pemain TikTok dilarang memuat naik video tarian TikTok mahupun aksi mimik (Lyp-Sinc) di media sosial. Larangan tersebut bertujuan menutup pintu kerosakan (sadd al-zara’i) selain boleh menimbulkan ancaman fitnah bagi sesiapa yang melihatnya.
Oleh yang demikian, umat Islam perlu memelihara diri daripada sebarang hiburan yang tidak mendatangkan faedah serta boleh menjatuhkan maruah individu sekaligus mengugat nilai-nilai akhlak seorang mukmin. Semoga kita terhindar daripada golongan tersebut.
sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan