Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik COVID-19

Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bagi semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 disebabkan pandemik COVID-19.

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik COVID-19

Kita sedia maklum, pandemik COVID-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.

Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Adakah Perintah Kawalan Pergerakan dan Lockdown adalah sama??

Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia

Disebabkan situasi semasa wabak pandemik ini, secara rasmi Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi :

1. Larangan Menyeluruh Pergerakan Dan Perhimpunan Ramai Di Seluruh Negara 

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik COVID-19

Larangan ini termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup,

kecuali
  • Pasaraya
  • Pasar awam
  • Kedai runcit dan 
  • kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan Menyeluruh Semua Perjalanan Rakyat Malaysia Ke Luar Negara.

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik COVID-19

Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

3. Sekatan Kemasukan Pelancong

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik COVID-19

Kerajaan mengumumkan sekatan kepada semua pelancong dan pelawat asing ke alam negara Malaysia.

4. Penutupan Sekolah

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik COVID-19

Penutupan semua Taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

5. Penutupan Semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik COVID-19

Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

6. Penutupan Semua Premis Kerajaan Dan Swasta

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik COVID-19

Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

#Hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari (17 Mac 2020)

Post a Comment

Previous Post Next Post