Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing Melalui Pakej Ransangan PRIHATIN

Kerajaan juga tidak lupa kepada pemandu e-Hailing yang terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan memberi insentif RM500 kepada golongan ini.

Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing

Jika awal yang lalu, Kerajaan telah membayar one-off  melalui fasa 1 Bantuan Perihatin Nasional kepada golongan B40 dan bujang. Tetapi bilakah insentif yang ingin disalurkan kepada pemandu e-Hailing ini pula?

Jadi ikuti Soalan Lazim ini yang dikongsikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bagaimana untuk memohon, bila akan dibayar, bagaimana akan dibayar dan sebagainya. Diharapkan soalan lazim ini menjawab pertanyaan buat semua pemandu berdaftar e-Hailing di Malaysia.

Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing

Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing

Bantuan insentif RM500 ini akan diterima seawal-awalnya pada 20 April 2020 dan dana tersebut akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada e-Hailing Operators (EHO). Pembayaran kepada pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO masing-masing. Jika ingin menyemak status kelayakan, anda juga perlu membuat dengan EHO masing-masing.

Syarat Kelayakan Menerima Bantuan

  1. Pemandu E-Hailing sepenuh masa
  2. Warganaegara Malaysia
  3. Memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan JPJ
  4. Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-Hailing (eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  5. Pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurang-kurangnya RM1200 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan November 2019, Disember 2019 atau Januari 2020
  6. Tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM600 di bawah Inisiatf Pakej Ransangan Ekonomi 27 Februari 2020

Pemandu hanya layak mendapat satu (1) kali bayaran insentif sahaja walaupun mendaftar dan memandu untuk 2 syarikat e-Hailing. Selain itu juga, jika pemandu menerima bantuan insentif RM600 bagi pemandu teksi, anda tidak layak untuk menerima untuk RM500 ini.

Semua pemandu teksi yang kekal aktif berdasarkan kad pemandu yang aktif layak menerima insentif RM600 walaupun hanya part time. Tetapi tidak bagi pemandu e-Hailing. Jangan risau, rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak.

Jika pendapatan kurang daripada RM1200 seperti dalam syarat kelayakan, pemandu boleh membuat rayuan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak bermula Mei 2020.

Untuk sebarang pertanyaa atau maklumat lanjut, silat hubungi

Talian Hotline MOT : 1-800-88-7723
Emel Aduan MOT : aduan@mot.gov.my
Emel aduan APAD : taxi@apad.gov.my

atau layari laman www.apad.gov.my dan www.mot.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post