Cara Memohon Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP

Baru-baru ini Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN yang salah satu daripadanya adalah menyediakan perkhidmatan internet percuma selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (KPP).

Cara Memohon Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP

Jadi inisitif ini pastinya lebih menggalakkan lagi orang ramai supaya berada di rumah dengan melayari internet dengan perkara yang berfaedah. pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.

Jadi anda akan memperoleh internet percuma tidak kira telco apa yang anda guna ketika ini. Jika di Malaysia antara syarikat telco yang utama adalah Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile. Semua tawaran adalah sama cuma tatacara mungkin berbeza mengikut syarikat telco.

Jadi jom kita lihat pakej khas internet percuma yang ditawarkan ini di dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Cara Memohon Internet Percuma Mengikut Syarikat Telco

Kesemua pakej khas Internet Percuma daripada semua Telco ini akan bermula pada 1 April 2020 sehingga tempoh PKP tamat.

CELCOM

Cara Memohon Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP

Celcom akan tawarkan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April hingga 14 April 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlansung. Ianya ditawarkan kepada semua pengguna postpaid, prepaid dan juga enterprise.

Ianya akan diberi secara automatik terus masuk ke telefon anda bermula 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Tiada data yang dibawa ke hari seterusnya jika tidak digunakan sehingga habis.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.celcom.com.my

DIGI

Cara Memohon Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP

Pengguna Digi akan memperoleh data 1GB percuma bermula 8 pagi hingga 6 petang bermula 20 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kelak. Ianya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan juga postpaid broadband. Anda perlu tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.digi.com.my/shop/digi-cares

MAXIS

Cara Memohon Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP

Maxis juga menawarkan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April 2020 hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh gunakan bermula 8 pagi hingga 6 petang. Kesemua pengguna Maxis, Hotlink Postpaid, Prepaid dan Maxis Business akan ditawarkan inisiatif ini.

Anda perlu tebus data percuma ini melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maxis.com.my

U MOBILE

Cara Memohon Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP

U Mobile akan menawarkan data peruma 1GB setiap hari bermula 1 April hingga tempoh KPK tamat. Ianya akan diaktifkan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Penggunakan akan menggunakan data ini dahulu sebelum data tersedia dan boleh juga digunakan sebagai hotspot. Ianya hanya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan broadband kecuali WeChat go SIM plan

Untuk aktfikan data percuma ini anda perlu ikuti langkah dibawah:

Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer
Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.u.com.my

YOODOO

Cara Memohon Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP

Pihak Yoodo juga menyediakan inisiatif sendiri dengan menawarkan 1GB data internet secara percuma setiap hari bermula 30 Mac hingga 14 April 2020. Ianya ditawarkan kepada pengguna aktif yang melanggan mana-mana pakej.

Data 1GB percuma tersebut akan digunakan terlebih dahulu kemudian barulah menggunakan data sedia ada. Ianya akan dimasukkan secara percuma ke dalam telefon anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yoodo.com.my/covid19-initiative

XOX MOBILE

xox mobile internet percuma

Pengguna XOX Mobile juga tidak ketinggalan bakal menerima internet percuma hasil daripada pakej PRIHATIN yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Kesemua pengguna XOX Mobile akan menerima data internet percuma 1GB jika anda tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 bermula 23 Mac hingga 14 April 2020.

Anda perlu tambah nilai melalui salah satu cara ini iaitu sama ada menggunakan Black App, XOX FAST dan XOX Selfcare.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.xox.com.my

UNIFI MOBILE

UNIFI MOBILE internet percuma

Bagi pengguna Unifi Mobile pula, mereka akan menerima tawaran internet percuma sebanyak 999GB dengan pas hotspot sahaja. Tawaran ini telah ditawarkan sebelum ini sempena PKP dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ianya akan dikreditkan secara percuma terus ke pelan akaun anda.

Ianya ditawarkan kepada semua pengguna prepaid dan juga postpaid termasuk Unifi Mobile Postpaid (Unifi Mobile 99, webe RM79 dan Unifi Mobile Pek Jasa) dan Unifi Mobile Biz Postpaid (Unifi Mobile Biz 99 dan Unifi Mobile Biz 9).

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan Unifi Mobile

TUNETALK

TUNETALK internet percuma

Tune Talk juga ada menawarkan data internet percuma. Kepada semua pelanggan Tune Talk dan Mitra akan menerima data internet percuma 1GB setiap hari bermula 1 April hingga tamat tempoh PKP kelak. Anda boleh dapatkan data internet ini bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Terlebih dahulu, anda perlu tebus buat kali pertama dengan menghantar SMS seperti dibawah dan akan dikreditkan secara percuma bagi hari-hari selepas itu.

SMS STAYHOME dan hantar ke 2222

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.tunetalk.com

Post a Comment

Previous Post Next Post