Olimpik Tokyo 2020 Telah Ditunda Kepada Tarikh Yang Baru

Hari ini, pihak pengurusan bagi acara sukan terbesar Olimpik telah memutuskan dimana tarikh baru telah diumum bagi mengadakan acara Olimpik Tokyo dan Paralimpik Games 2020.

Olimpik Tokyo 2020 Telah Ditunda Kepada Tarikh Yang Baru

Jika sebelum ini (27 Mac 2020), Olimpik telah dimuktamadkan ditunda tetapi tiada tarikh rasmi yang diumumkan sehingga mesyuarat yang dilakukan. Keputusan ini dibuat disebabkan krisis dunia yang sedang melanda iaitu pandemik COVID-19. Ternyata hampir seluruh dunia sudah dijangkiti virus ni.

Demi mengelakkan pandemik ini menjadi lebih parah dan buruk. Acara sukan ini terpaksa ditunda kepada tarikh lain dan berharap virus ini ketika itu sudah tiada keseluruhannya. Ketika artikel ini dibuat, Jepun telah pun mencatatkan 1866 kes COVID-19 dengan 55 kematian.

Belum diambil kira 205 negara lain sebagai peserta yang telah terjejas dengan peningkatan jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan terutamanya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah termasuk China sendiri. Pasti ramai atlet yang tidak boleh sertai jika ianya tetapi dibuat dalam masa terdekat. Jadi terpaksa ditunda acaranya.

Tarikh Baru Olimpik 2020 Diumumkan

Olimpik Tokyo 2020 Telah Ditunda Kepada Tarikh Yang Baru

Selepas bermesyuarat melalui telefon antara The International Olympic Comittee (IOC), The International Paralympic Comittee (IPC), Tokyo 2020 Organising Committee, Kerajaan Metropolitan Tokyo dan juga Kerajaan Jepun telah bersetuju dan mengumumkan tarikh baru bagi acara Olimpik Ke-32 ini.

Jadi Acara Olimpik Tokyo 2020 bersetuju mengadakan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, manakala Acara Paralimpik Tokyo 2020 akan bermula 24 Ogos hingga 5 September 2021. Sepertinya acara ini ditunda setahun daripada tarikh asal yang dijadualkan pada Julai 2020.

Pastinya banyak pihak yang telahpun bersiap sedia terpaksa membatalkan hasrat untuk beraksi pada tahun 2020 ini. Tetapi ianya juga memberikan kebaikan kepada semua pihak dimana nyawa individu lebih penting daripada acara sukan ini.


sumber : olympic.org

Post a Comment

Previous Post Next Post