Bayaran One-Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National (PRIHATIN)

Kerajaan telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat atau dipanggil PRIHATIN yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.

Bayaran One-Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National (PRIHATIN)

Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perutukan sebanyak RM250 bilion dimana RM128 bilion untuk melindungi rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Jadi semua dapat.

Selain daripada itu, peruntukan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini. Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua

Peruntukan ini dibuat susulan daripada krisis COVID-19 yang melanda dunia dan juga Malaysia. Jadi setiap golongan daripada rakyat dapat manfaat sama ada anda pekerja, golongan B40, M40, pekerja, pelajar sekolah dan sebagainya.

Jadi ikuti intipati dan inisiatif yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi dalam Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat (PRIHATIN)

'Tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind'

Pakej Rasangan Ekonomi Perihatin Rakyat (PRIHATIN)

Bayaran One-Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National (PRIHATIN)

1. Peruntukan kepada KKM

Peruntukan berjumlah RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19.

Pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.

2. Elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19 ini

Sebagai menghargai pengorbanan mereka, Kerajaan akan meningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir.

3. Elaun khas kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, jpam, dan rela yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19 ini

Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.

Bantuan Perihatin Nasional Di Beri Secara Tunai One-OFF Dengan Peruntukan Hampir RM10 Bilion

Bayaran One-Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National (PRIHATIN)

Bantuan ini disalurkan kepada B40 dan juga kepada kumpulan M40

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,001 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,001 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Selain itu, Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020. alert-info

5. Bagi pelajar pengajian tinggi, anda juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020

6. Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

7. Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020

8. Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020

Bayaran One-Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National (PRIHATIN)

Perkiraan Mudah Sebagai Contoh


Case Study

Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan.

Perkiraan

Keluarga Makcik Kiah akan dapat
  • Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600
  • baki BSH sebanyak RM600
  • bantuan pesara sebanyak RM500
  • bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan
  • bantuan orang bujang sebanyak RM800. 
  • Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. 

Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120. Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200. Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664


'Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang dibuat'

Untuk ketahui lebih terperinci berkaitan insiatif lain anda boleh rujuk infografik daripada Perdana Menteri di facebooknya. alert-success

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended