Hulu Langat Diarahkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP)

Kawasan terbaru yang yang telah mengeluarkan arahan dengan Perintahkan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di kawasan Hulu Langat, Selangor.

Hulu Langat Diarahkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP)

Arahan ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan akhbar sebentar tadi. Arahan ini sama seperti yang diperintahkan di kawasan Simpang Renggam, Johor pada 27 Mac 2020 yang lepas bermula 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

Situasi ini sama digunapakai di Hulu Langat ini iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dimana semua orang dikawasan tersebut mestilah berada di dalam rumah walau apa jua keadaan. Ianya terjadi ekoran KKM telah mengesahkan terdapat 71 kes positif COVID-19 di kawasan tersebut.

Ianya bertujuan bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan menjadikan ia lebih buruk.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Di Hulu Langat

71 kes positif ini daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Ini merupakan arahan kedua selepas Simpang Renggam di mana Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.

Ianya melibatkan 3918 orang penduduk merangkumi 700 rumah termasuk 7 kampung iaitu 5 perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu.

Hulu Langat Diarahkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP)

Pelaksanaan sama seperti PKPD di Simpang Renggam iaitu : 
  • Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan
  • Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan ini sepanjang tempoh PKPD
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan
  • Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD
  • Semua laluan keluar masuk kawasan ditutup
  • Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, ATM, APM dan RELA akan mengawal seluruh kawasan

"Semua Penduduk Kawasan Diminta Untuk Bertenang Dan Memberi Kerjasama"

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-8925 4809 atau 03-8911 4200

Post a Comment

Previous Post Next Post