Tawaran Kadar Khas Kompaun Trafik DBKL Dengan Bayaran RM15 Sahaja

Tawaran Kadar Khas Kompaun Trafik DBKL Dengan Bayaran RM15 Sahaja

Datuk Bandar Kuala Lumpur bersetuju untuk memberikan Tawaran Kadar Khas Kompaun Trafik DBKL dengan bayaran RM15 sahaja bagi satu-satu kesalahan. Jadi jika anda ada apa-apa kompaun yang tertunggak, mungkin inilah masanya untuk anda membayar.

Tawaran Kadar Khas Kompaun Trafik DBKL RM15 ini diberikan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020. Hari Wilayah disambut pada 1 Februari pada setiap tahun. Jadi dengan murah hati, mereka juga memberikan potongan atau diskaun kepada pesalah lalulintas.

Baca Juga : Perkara Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu Bila Masuk Tahun 2020

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berharap, tawaran ini sedikit sebanyak dapat melangsaikan kompaun sekali gus mengurangkan bebanar bayaran yang ditanggung oleh mereka yang telah melakukan kesalahan lalulintas tersebut.

Tawaran Kadar Khas Kompaun Trafik DBKL

Tawaran Kadar Khas Kompaun Trafik DBKL Dengan Bayaran RM15 Sahaja

Tawaran Kadar Khas ini diberikan bermula pada 1 Februari 2020 hingga 3 Mac 2020. Tujuan tawaran ini diberi adalah, untuk memberikan mereka (pesalah) membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih tidak dijelaskan bagi mengelakkan tindakan disenaraihitam (blacklist) diambil oleh pihak DBKL terhadap mereka.

Kadar Khas Mengikut Jenis Kenderaan

Bil Jenis Kenderaan Kadar
1 Motosikal RM15
2 Kereta RM15
3 Kenderaan Berat (Lori, Bas dan Lain-Lain RM15

Tawaran kadar khas ini adalah tertakluk kepada kesalahan lalulintas sahaja dan tidak termasuk bagi kes yang telah dibawa ke mahkamah yang bersatus U dan M dan juga kes senaraihitam (blacklist) berstatus W.

Mengikut pengalaman Azlan Aziz, beliau kongsikan pengalaman membayar kompaun DBKL yang sudah berstatus 'Aduan Mahkamah'. Daripada jumlah RM1.7K, dengan tawaran ini, beliau hanya membayar RM119.84 sahaja. Ikuti info penuh di Twitter beliau @azlanaziz

Cara Membayar Kompaun Trafik DBKL

Tawaran Kadar Khas Kompaun Trafik DBKL Dengan Bayaran RM15 Sahaja

Bagi mereka yang ingin membuat pembayaran, anda boleh bayar mengikut 4 jenis saluran yang disediakan oleh pihak DBK iaitu :
  1. Semua kaunter bayaran DBKL
  2. Semua kaunter Pos Malaysia seluruh Malaysia
  3. Melalui aplikasi MOBIS yang boleh dimuat turun di (Playstore | Appstore)
  4. Melalui portal MyEG di www.myeg.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post