Perkara Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu Bila Masuk Tahun 2020

Perkara Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu Bila Masuk Tahun 2020

1 hari lagi kita akan memasuki tahun baru, tahun 2020. Selepas 365 hari pada tahun 2019, pelbagai perkara yang telah berlaku sama ada baik dan buruk. Selain daripada perkara yang telah berlaku, ada juga perkara yang dirancang pada 2019 dan akan dilaksanakan pada tahun 2020 kelak.

Perkara ini antaranya lebih kepada intiatif Kerajaan kepada rakyat Malaysia. Pelbagai aturan telah dibuat dan tunggu pelaksanaannya sahaja iaitu bermula tahun 2020. Jadi untuk ketahuinya, jom tengok 15 perkara yang rakyat Malaysia perlu tahu bila masuk tahun 2020

15 Perkara Rakyat Malaysia Perlu Tahu Menjelang Tahun 2020


#1 - Denda Akan Dikenakan Kepada Perokok Yang Merokok Di Premis Makanan

Jika tahun 2019, perokok yang melanggar peraturan dengan merokok di premis makanan hanya diberikan surat amaran tetapi bermula 2020, mana-mana perokok yang ingkat akan arahan ini, mereka akan didenda sehingga RM300. Ingat 3 meter daripada kedai!

#2 - Sekolah Rendah Dapat Sarapan Percuma Melalui Program Sarapan Percuma (PSP)

Intiatif daripada pihak KPM bagi memberi sarapan atau makanan percuma kepada semua murid sekolah rendah mulai tahun 2020. Program akan bermula seawal 7 pagi bagi sekolah sesi pagi dan 12 tengah hari bagi sekolah sesi petang.

#3 - Penggunaan Carseat Baby Diwajibkan

Bermula 2020, setiap kenderaan individu dan mempunyai anak kecil di wajibkan untuk menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS) di dalam kenderaan.Tiada saman akan dikenakan bagi 6 bulan pertama.

#4 - Gaji Minimum RM1200 Sebulan Bagi 57 Bandar Utama

Gaji minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan sekarang adalah RM1100 sebulan, tetapi bagi 57 buah bandar utama seluruh Malaysia, Kerajaan telah menetapkan dimana gaji minumum bagi kawasan tersebut adalah RM1200 sebulan.

#5 - Cukai SST (Perkhidmatan Digital) Dikenakan Bagi Perkhidmatan Digital

Anda pengguna Spotify? pengguna Netflix? pengguna Apple Music? Bermula 2020, setiap transaksi kepada perkhidmatan digital asing akan dikenakan cukai 6%. Nak beli perisian, muzik, video dan pengiklanan digital.

#6 - Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan Bagi Murid Tingkatan 4

Bagi mengurangkan jurang antara aliran bagi tingkatan 4 khususnya, aliran sains dan sastera akan dimansuhkan bermula tahun 2020. Bermula pada itu, murid bebas untuk memilih subjek mengikut minat mereka sendiri.

#7 - Pahang Kuat Kuasa Tulisan Jawi Di Semua Premis

Selari dengan hasrat YDP Agong yang mahukan tulisan jawi diangkat ke tahap yang lebih tinggi, Pahang telah kuat kuasakan dimana setiap premis perniagaan seperti papan tanda dan iklan mestilah disertakan dengan tulisan Jawi sama seperti di negeri Kelantan dan Terengganu

#8 - Hanya Isi Rumah Bawah RM4000 Layak Terima Air Percuma Di Selangor

Sebelum ini, kerajaan Selangor telah memberi air percuma bagi semua rakyat Selangor tetapi bermula tahun 2020 hanya isi rumah yang berpendapatan bawah RM4000 sahaja layak menerima air percuma di Selangor melalui Skim Air Darul Ehsan

#9 - Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) - *Ditangguhkan

Pihak Kerajaan ingin mengapungkan kembali Petrol mengikut harga pasaran bermula tahun 2020 tetapi seiring dengan alternatif lain, pemberian subsidi petrol melalui Program Subsidi Petrol (PSP). Tetapi baru sahaja diumumkan, program ini ditangguh dahulu sehingga diberitahu tetapi sistem sebelum ini masih digunakan. *Tiada perubahan

#10 - Anggota RELA menerima Kenaikan Elaun RM2 Sejam

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta bermula tahun 2020.

#11 - Pemansukan PIBK Bagi Lantikan Baru - *Ditangguhkan

Pada beberapa hari yang lepas, Malaysia kecoh dimana Kerajaan telah memutuskan dimana bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi lantikan tahun 2020 akan dimansuhkan. Ianya juga dilaporkan oleh pihak JPA. Tetapi baru-baru ini, sekali lagi Kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan pemansuhan tersebut. Jadi lantikan baru masih menerima elaun tersebut bagi tahun 2020 

#12 - Pulau Pangkor Dijadikan Sebagai Pulau Bebas Cukai

Jika di Malaysia, Langkawi antara pulau bebas cukai yang mana cukai SST tidak dilaksanakan disana. Bermula tahun 2020, Pulau Pangkor pula dijadikan pulau bebas cukai kecuali terhadap penjualan minuman keras.

#13 -  Pekerja Asing Wajib Didaftarkan Dengan Perkeso

Majikan di negera ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula tahun 2020 kelak.

#14 - Larangan Penggunaan Straw Minuman Plastik Untuk Peniaga Dan Pengusaha Kedai Makanan

Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasakan kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan. Mungkin anda kene bawa straw bese sendiri la lepas ni bermula tahun 2020

#15 - Rakyat Sarawak Nikmati Air Percuma

Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma. Ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Utiliti Sarawak (KUS)


*kereta terbang mana, dah tahun 2020 ni

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended