Pernah Terfikir Macam Mana Salesman Masukkan Kereta Dalam Shopping Mall

Pernah Terfikir Macam Mana Salesman Masukkan Kereta Dalam Shopping Mall

Anda biasa lihat ada kereta yang ingin dijual dalam Shopping Mall, pernah terfikir macam mana salesman masukkan kereta dalam shopping mall tersebut? Kadang kita lihat, pintu depan kecil dan kalau luas ada tangga di depan. Jadi kereta tu pasang siap ke?

Agak-agak macam mana ya kereta tersebut masuk ke shopping mall. Persoalan ini ditimbulkan di media sosial Twitter. Jadi seorang pengguna Twitter menggunakan nama @lalaproton berkongsikan bagaimana beliau bersama team yang lain masukkan kereta ke dalam shopping mall.


Cara Salesman Masukkan Kereta Jualan Ke Dalam Shopping Mall

Pernah Terfikir Macam Mana Salesman Masukkan Kereta Dalam Shopping Mall

Sehingga saat ini, Tweet tersebut telah mendapat 4.6K Retweet dan 5.7K Liked serta perkongsian daripada pengguna Twitter lain. Dalam Tweet tersebut, Lala sebagai sales consultant proton telah kongsikan proses dan video bagaimana beliau masukkan kereta ke dalam Shopping Mall.

Biasanya pukul 8.30 am atau 10.00 pm mereka sudah bersedia di hadapan shopping mall tersebut untuk bawa masuk kereta sama ada melalui entrance door atau back door. Pada masa tersebut, di dalam shopping mall hanya ada security untuk menjadi tunjuk arah. Tengok dalam video dibawah.


Kejadian yang sama juga berlaku pada malam, untuk persiapan awal bagi hari esoknya. Kebiasaanya pada pukul 10.30 pm apabila pengunjung dan tiada dan mall tersebut sudah tutup. Lepas dah parking kereta semua, barulah mereka set up booth, susun price list dan siapakan kereta tersebut untuk display.

Pada waktu malam juga, mereka akan keluarkan kereta bila sudah selesai jualan di mall tersebut. Bila tiada pengunjung di dalam mall, barulah mereka keluarkan kereta, kemas booth dan barang-barang lain.


Jadi mereka masukkan kereta juga melalui pintu masuk dan bukannya kereta pasang siap atau lipat-lipat. Harap persoalan yang bermain diminda sebelum ini telah terungkai dengan perkongsian ini. Boleh dah la hidup dengan aman lepas ni kan.


sumber : twitter lalaproton

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended