Perlu Ke Bawa Passport Pergi Sabah Atau Sarawak?


Pernah terfikir, perlu ke bawah passport pergi Sabah atau Sarawak? Pergi sana menggunakan kapal terbang, melintasi laut China Selatang dengan waktu perjalanan 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit. Perlu ke bawa passport?

Ini mungkin antara persoalan yang timbul bagi mereka yang tidak pernah pergi ke negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Mungkin mereka biasa pergi ke luar negara dan pastinya mereka membawa passport. Mungkin juga dengan keadaan yang sama; melintasi laut, menaiki kapal terbang, jadi mereka kene bawa passport.

Isu ini sebenarnya masih terjadi pada tahun 2020, sebagai contoh di laman Twitter dimana beliau kongsikan screnshoot berkaitan kawannya yang tanyakan perlu ke bawa passport untuk pergi ke Sabah Sarawak sana?


Ternyata tweet tersebut mendapat perhatian pengguna Twitter lain dan disitu juga terkandung jawapan perlu ke bawa passport pergi Sabah dan Sarawak.

Perlu Ke Bawa Passport Pergi Sabah Atau Sarawak?

Pelbagai jawapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter berdasarkan pengalaman masing-masing ketika pergi ke Sabah dan Sarawak. Ada yang kongsikan


"perlu bawah passport untuk pergi ke Sabah"
"Boleh pakai kad pengenalan sahaja untuk pergi ke Sarawak"
"Better guna passport daripada kad pengenalan"
"Guna IC je, nanti dia bagi visa kertas putih, tapi kene jaga elok-elok la"
"Guna passport, nanti dapat cop pada passport"

dan pelbagai lagi...

Menurut Jabatan Imigresen MalaysiaDokumen Gantian Perjalanan akan dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dari Semenanjung untuk membuat lawatan ke Sabah atau Sarawak sebagai alternatif kepada passport Malaysia dan Dokumen Perjalanan Terhad.

Tempoh sah laku Dokumen Gantian Perjalanan ini bagi sekali perjalanan sahaja dan dianggap sebagai Pas Lawatan Sosial atau Bisnes yang melayakkan anda masuk dan tinggal di Sabah atau Sarawak bagi tempoh tidak lebih 3 bulan.


sumber gambar : budakbandunglaici
Dokumen ini boleh diperolehi di kaunter Balai Ketibaan lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak dan ianya adalah percuma dan tidak perlu kepada persetujuan ibu bapa untuk dapatkannya. Anda hanya perlukan Kad Pengenalan sahaja.

Jadi disini boleh disimpulkan, anda boleh bawa sama ada Kad Pengenalan atau Passport. Jika anda ingin bercuti, travel, melancong ke Sabah atau Sarawak kurang daripada 3 bulan, anda akan diberi Dokumen Gantian Perjalanan (Pas Lawatan Sosial) dan cop imigresen pada passport (jika bawa passport).

Lebih selamat dan terbaik, anda bawa sekali passport. Jika pas tersebut hilang, sekurang-kurangnya anda ada bukti cop yang diperoleh pada passport tersebut.

IC ke Passport ke tak penting, yang paling penting ialah anda selamat sampai ke destinasi yan ingin dituju.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended