Rupanya Cerita 'Mr Bean' Hanya ada 15 episod Sahaja

Rupanya Cerita 'Mr Bean' Hanya ada 15 episod Sahaja

Rasa siapa je yang tak kenal Mr Bean kan. Rata-rata yang berumur 20-an ketika ini kenal akan cerita komedi daripada Mr Bean. Cerita yang sentiasa memberi lawak yang bersahaja tanpa bersusah payah dan terover kepada penonton.

Setiap kali menonton pastinya akan memberi ketawa walaupun sudah menontonnya beberapa kali.

Cerita ini telah ditayangkan bermula 1990 lagi. Jadi kalau dihitung, ceritanya sudah berumur 30 tahun. Rowan Atkinson merupakan watak utama dalam cerita tersebut yang memegang watak Mr Bean itu sendiri dan bersama-sama Teddy Bear. Tanpa dialog yang banyak, dengan hanya bahasa badan dan mimik muka, beliau mampu memberi gelak tawa kepada orang ramai.

Rupanya Cerita 'Mr Bean' Hanya ada 15 episod Sahaja

Sejak ditayangkan, agaknya berapa banyak dah cerita anda tengok? Berapa episod yang anda sudah ulang-ulang setiap hari?

Baca Juga : Tonton Disini Drama Meletup Ketika Ini - Kampung People (2019)

Cerita Mr Bean Hanya Ada 15 Episod Sahaja

Tapi tahukan anda sebenarnya sejak daripada tahun 1990 cerita Mr Bean ini hanya mempunyai 15 espisod sahaja. Ya! macam tak percayakan. Sedangkan tengok macam banyak je cerita yang kita semua tengok. Tapi itulah hakikatnya.

Ada juga pengguna Twitter yang kongsikan trivia ini yang mengatakan hanya 15 episod sahaja daripada cerita komedia Mr Bean. Sehingga kini Tweet @Lincoln_PH mendapat lebih 170K Retweet dan 569K Liked di Twitter.


Untuk kepastian lagi, anda juga boleh google 'Mr Bean Episode' dan hanya keluar 15 episod sahaja bersama-sama dengan tarikh tayangan.

Rupanya Cerita 'Mr Bean' Hanya ada 15 episod Sahaja

Ya itulah dia 15 episod daripada cerita Mr Bean. Sebenarnya dalam setiap episod mempunyai beberapa cerita. Jadi mungkin kalau dipecahkan, ceritanya menjadi banyak. Kita yang tengok berulangan pun mungkin tak perasan tentang hal ini kan.

Jadi kalau anda berminat untuk menonton semua lakonan Rowan Atkinson di dalam mana-mana cerita Mr Bean anda boleh pergi ke Youtube Channel Mr Bean

Post a Comment

Previous Post Next Post