Dego Ride Kembali Beroperasi Bermula Tahun Baru 2020

Dego Ride Kembali Beroperasi Bermula Tahun Baru 2020

Mungkin anda pernah dengar Dego Ride sebelum ini tetapi senyap seketika bagi 3-4 tahun kebelakangan ini. Ini kerana Dego Ride pernah diberhentikan operasi sekitar tahun 2016 atas isu keselamatan. Kini bermula tahun 2020, Dego Ride kembalik beroperasi seperti biasa untuk memberi peluang pekerjaan kepada anak muda dan juga kemudahan orang ramai.

Dego Ride beroperasi sama seperti Gojek dan Grab iaitu menjadi Teksi Motosikal kepada pengguna. Kalau biasa kita naik teksi dengan kereta, tetapi kini buat pertama kali di Malaysia, anda boleh menaiki Teksi Motosikal dan pastinya membuatkan perjalanan anda menjadi lebih cepat kerana tidak perlu hadap kesesakan lalu lintas. Oh, ianya bukan berfungsi sebagai teksi je, untuk delivery pun boleh tau. 

Ride | Food | Document
Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq mengumumkan sendiri dengan video tatapan muka penuh bersama CEO Dego Ride di laman twitter beliau yang Dego Ride akan beroperasi bermula tahun baru 2020.

Dego Ride Kembali Beroperasi Bermula Tahun Baru 2020

Cara Daftar Dego Ride

Jadi bagi anda yang ingin cuba perkhidmatan ride-hailing Dego ini, anda perlu muat-turun terlebih dahulu aplikasi Dego di smartphone anda. ATAU menggunakan website Dego Ride sahaja

Muat-Turun Aplikasi Dego

Cara daftar untuk pemula

Dego Ride Kembali Beroperasi Bermula Tahun Baru 2020

  1. Install aplikasi Dego di smartphone anda
  2. Pilih Register
  3. Register akaun buat pertama kali
  4. Masukkan no telefon dan refferal code (prsm2sn8976)
Jangan lupa masukkan kod yang diberi ini

Cara Booking Guna Aplikasi Dego

Dego Ride Kembali Beroperasi Bermula Tahun Baru 2020

  1. Buka aplikasi Dego
  2. Pilih sama ada Dego Ride atau Dego Delivery
  3. Dego Ride : Pilih lokasi anda dan pilih lokasi dimana anda nak pergi (cth : daripada seksyen 17 - pusat sains negara = Rm6.85)
  4. Dego Delivery : Pilih sama ada untuk single delivery atau multi delivery
3KM pertama dengan bayaran RM3 dan KM berikutnya ialah RM1. Jarak maksimum bagi setiap perjalanan ialah 10KM

Lain-Lain Berkaitan Dego Ride

Setakat ini Dego Ride hanya meliputi kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpu dan Selangor). Tapi dari semasa ke semasa akan dikemaskini. Anda boleh lihat sini jika tempat anda terima Gedo Ride atau tidak.

Dego Ride juga tidak akan beroperasi ketika hujang. Ini kerana tujuan keselamatan ketika menaiki motosikal.

Untuk ketahui lebih lanjut boleh pergi ke pautan ini

Post a Comment

Previous Post Next Post