Bila Anda Akan Dapat Bayaran Daripada Google Adsense Selepas Capai Payout Threshold


Rata-rata kini ramai berkecimpung ke arah dunia digital seperti dunia Blogging dan Youtube. Ini kerana platform ini ternyata dapat menghasilkan pendapatan sampingan daripada Google Adsense selain daripada kerja hakiki kita. Tetapi ada juga mereka yang menghabiskan masa mereka atau full-time bersama Blog dan Youtube.

Cara mereka dapatkan atau jana pendapatan adalah melalui perkhidmata pengiklanan Google Adsense. Kalau di blog ini, jika anda lihat ada iklan berada di kanan, itu adalah iklan daripada advertiser menggunakan khidmat Google dan Google menumpang blog ini sebagai published. Setiap klik pastinya memberi pulangan kepada tuan blog.

Baca Juga : Penting Untuk Adsense. Cara Buat Disclaimer Dan Privacy Policy Dengan Mudah

Jika anda sudah biasa dengan blog dan Google Adsense tetapi masih tiada peluang lagi untuk cashout kerana belum mencecah Payout Threshold iaitu $100, anda perlu lebih hasilkan content yang berkualiti. Tetapi jika ini adalah kali pertama tetapi tak tahu bila dapat cashout earning daripada Adsense ini, anda kene terus baca di bawah.

Saya akan terangkan bila pihak Google akan membuat pembayaran kepada anda sejurus selepas capai payout Threshold $100.

Bila Google Bayar Anda Melalui Adsense

Perkara penting dalam dunia earning Adsense ini, anda kene tahu, untuk melayakkan anda menerima pembayaran atau buat cashout ke akaun bank, anda perlu capai Payout Threshold iaitu USD100. Selepas itu barulah Google akan bayar anda. Untuk semak anda boleh pergi ke akaun Adsense > Payment


Pembayaran adalah dibuat secara bulanan. Jadi anda hanya menerima bayaran Adsense sebulan sekali sahaja iaitu dihujung bulan. Jadi pastikan anda mengumpul $100 sebelum pertukaran bulan.


Bermula 1 haribulan sahaja, wang terkumpul selama sebulan akan kembali 0 dan wang tersebut akan disimpan terlebih dahulu jika payout thresholdnya masih belum capai. Jika sudah lebih $100 anda sudah layak untuk buat cashout. Tiada permohonan dibuat, ianya dilakukan secara automatik.


Jadi pihak Google akan notify anda pada 21 haribulan setiap bulan melalui email Adsense anda untuk memberi tahu dimana pembayaran sudah dibuat (issued) iaitu daripada Google Singapore ke akaun bank yang telah anda daftarkan. Selepas 1-5 hari, duit Adsense tersebut akan terus masuk ke akaun bank secara automatik.

Jika anda buat pertama kali menerima Adsense, pada 21 Januari 2020 nanti, anda dapatlah emel daripada Google tau. Lepas beberapa hari dah masuk akaun bank. Sangat mudah! yang susah hanya tunggu payout threshold sahaja. Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Previous Post Next Post