Status Naik Taraf Sekolah Daif Boleh Diakses Terus Oleh Orang Awam

Status Naik Taraf Sekolah Daif Boleh Diakses Terus Oleh Orang Awam

Kita sedia maklum, berkuat kuasa 3 Januari 2020, Dr Maszlee Malik telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan selepas beliau mengumumkannya pada hari semalam bersama pihak KPM dan pihak Media. Ternyata berita ini mengemparkan seluruh Malaysia dengan secara tiba-tiba peletakan jawatan menteri berlaku.

Beliau telah mengajak pihak media dan mengumumkan peletakan jawatan tersebut di dalam sebuah sidang media khas di perkarangan KPM di Putrajaya. Hanya selepas 20 bulan terajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Maszlee melepaskan jawatan tersebut atas nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Dalam sidang media itu juga, Dr. Maszlee bukan sahaja mengumumkan peletakan jawatan tetapi sebelum itu menerangkan kesemua gerak kerja beliau selama menjadi Menteri Pendidikan selama 20 bulan.

Selain itu juga, beliau juga menerangkan tentang betapa komitednya pihak KPM sehingga antara Kementerian yang pertama membentangkan 100 hari initiatif KPM selepas tampuk Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan pada 2018 yang lepas. Tidak cukup dengan itu, KPM juga antara yang terawal membentangkan kad laporan pencapain KPM 2019 kepada umum selepas setahun berkhidmat.

Status Naik Taraf Sekolah Daif Boleh Diakses Terus Oleh Orang Awam

Status Projek Pembangunan Di Bawah Program Pembangunan Semula Dan Naik Taraf Sekolah Daif

Dalam banyak-banyak pembentangan yang diberikan, ada 1 intiatif atau gerak kerja yang sangat mengkagumkan dengan hasilnya setakat ini iaitu Projek Pembangunan Di Bawah Program Pembangunan Semula Dan Naik Taraf Sekolah Daif. 

Dalam sidang media tersebut, Dr Maszlee memberi tahu projek naik taraf tersebut sehingga kini telah siap hampir 90% dan siap mendahului jadual. Ianya sepertinya dibuat selama 20 bulan selama beliau berada di dalam KPM. Wau!!

Tidak cukup dengan itu, ternyata KPM cukup komited bagi membangunkan pendidikan Malaysia dimana tidak pernah lagi mana-mana projek Kerajaan begitu transparent dan boleh diakses oleh orang ramai melalui laman web khas MOE.

Status Naik Taraf Sekolah Daif Boleh Diakses Terus Oleh Orang Awam

Anda boleh ikuti projek pembangunan sekolah daif ini daripada awal sehinggalah sekolah itu siap nanti. Anda boleh lihat status projek di pautan projekdaif.moe.gov.my. Disini disediakan pelbagai data yang anda boleh perolehi :
  1. Kawasan terlibat
  2. Lokasi projek
  3. Status projek (siap & lewat)
  4. Tarikh kemaskini
  5. Gambar sekolah (sebelum & selepas)

Dengan adanya laman web ini, rakyat boleh pantau sendiri, adakah KPM buat kerja ataupun tidak. Duit cukai yang disalurkan betul-betul pergi ke tempat sepatutnya atau tidak. Jadi dengan berjayanya projek ini, pastinya akan memberikan keselesaan kepada pihakt guru dan murid sekolah.

Beliau sangat tekankan dimana Pendidikan Untuk Semua. Jadi beliau bersama KPM harus siapkan fasiliti yang terbaik untuk anak-anak yang ingin belajar di sekolah tidak kira latar belakang, kaum, status dan sebagainya.

Selamat maju jaya kepada Dr. Maszlee Malik dan terima kasih atas sumbangan yang diberi khususnya dalam bidang pendidikan (bukannya semata kasut hitam dan isu tulisan jawi). Semoga ada hikmat disebalik berita yang mendukacitakan bagi rakyat Malaysia. Antara Kementerian dan Menteri yang perform di dalam kabinet.

Post a Comment

Previous Post Next Post