Penting Untuk Adsense. Cara Buat Disclaimer Dan Privacy Policy Dengan Mudah

cara buat disclaimer dengan mudah
sumber via dewaweb

Sekarang sudah ramai pemain internet berlumba-lumba mencari alternatif bagi menjana pendapatan sampingan daripada kerja hakiki. Antara yang boleh dibuat melalui dunia internet ini adalah menggunakan blog iaitu melalui pengiklanan Google Adsense.

Dengan Google Adsense inilah ramai blogger khususnya mampu menjana pendapatan yang baik saban tahun. Anda hanya perlu sediakan platform iaitu website atau blog dan masukkan iklan melalui Google Adsense. Tetapi, untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Google juga memerlukan perancangan dan pengetahuan. Kerana ianya bukanlah mudah.

Jadi antara cara untuk mendapatkan kelulusan daripada Google untuk meletakkan iklan Adsense di blog kita adalah menyediakan senarai blog page seperti About, Sitemap, Contact, Disclaimer dan juga  Privacy Policy. Tahukah anda, Disclaimer dan Privacy Policy anda boleh membuatnya dengan bantuan website online dan ianya sangat mudah.

Dengan teknologi yang sedia ada, Disclaimer dan Privacy mampu dibuat dengan mudah untuk blog kita. Bagaimana cara membuatnya? Ikuti langkah yang disediakan di bawah

Cara Buat Privacy Policy


Pertama sekali, anda pergi ke laman web www.privacypolicyonline.com 

kemudian, isikan ruangan kosong di bahagian Your Site Information and Contact, Cookies dan juga Advertisers on your site. Klik dibahagian yang anda perlu sahaja. Bagi admin, klik je semua. Akhir sekali, tekan Generate HTML 

cara buat disclaimer dengan mudah

cara buat disclaimer dengan mudah

Akhir sekali, anda copy semua code HTML tersebut dan paste di bahagian blog post anda iaitu di bahagian HTML.

cara buat disclaimer dengan mudah


Begitulah mudahnya untuk siapkan Privacy Policy

Cara Buat Desclaimer


Untuk bahagian ini, anda pergi ke laman web www.privacypolicyonline.com/disclaimer-generator

Di bahagian ini juga, langkahnya hampir sama seperti di bahagian Privacy Policy, anda perlu masukkan maklumat dibahagian Your Site Information and Contact. Jika sudah selesai klik Generate Disclaimer

cara buat disclaimer dengan mudah

cara buat disclaimer dengan mudah

Akhir sekali, anda copy semua code HTML tersebut dan paste di bahagian blog post anda iaitu di bahagian HTML. Seperti langkah yang sama sebelum ini.

cara buat disclaimer dengan mudah

Semoga perkongsian cara buat disclaimer dan privacy policy dengan mudah ini memberi manfaat kepada blogger khususnya bagi langkah awal untuk memohon Google Adsense dan juga keperluan bagi sesebuah platfom penulisan.

Baca Juga

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Recommended