Astro Berhentikan Menyiarkan DIVA dan E! Entertainment Channel

Astro Berhentikan Menyiarkan DIVA dan E! Entertainment Channel

Mungkin ada yang masih tidak sedar dimana penyiara berbayar, Astro telah berhentikan menyiarkan DIVA dan E! Entertaiment Channel. Ianya berkuatkuasa bermula pada 31 Disember 2019 yang lepas. Jadi jika anda buka Astro dah cari siaran-siaran ini (jika anda melanggannya), anda hanya pengumuman diberhentikan sahaja disiarkan.

Channel DIVA sebelum ini disiarkan di CH702 dan DIVA HD di 723 manakala Channel E! pada CH712 dan E! HD di siaran CH718. Channel DIVA hanya available kepada pelanggan yang melanggan Family Pack dengan harga RM61.32 dan E! Entertaiment termasuk dalam mini pack yang disediakan dalam beberapa pakej yang lain.

Astro Berhentikan Menyiarkan DIVA dan E! Entertainment Channel

Jadi lepas ni takdapat la nak tengok Masterchef, Lego Master di DIVA kan :(

Siaran DIVA dan E! Entertaiment Diberhentikan

Ramai tertanya-tanya, kenapa 2 channel ini diberhentikan. Adakah kerana Astro tidak lagi mempunyai hak penyiaran? ke dah tak sewa siaran-siaran ini? Tetapi sebenarnya ianya bukanlah salah Astro sepenuhnya. 


Ini kerana siarah DIVA dan E! diberhentikan adalah kerana kawasan Asia Tenggara seluruhnya kini tidak lagi menerima siaran tersebut. Ianya dibuat oleh empunya siaran DIVA dan E! dan bukannya Astro yang tidak mahu menyewa siaran tersebut. DIVA dan E! taknak bagi sewa sudah kepada kawasan Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

Jadi kalau siaran dah diberhentikan, kami pelanggan ni dapat rebate la kan?

Astro Berhentikan Menyiarkan DIVA dan E! Entertainment Channel

Kalau bayar RM61.32 mestilah termasuk DIVA. Jadi kali ni DIVA sudah diberhentikan, kami dapat rebat ke tidak? Jawapannya tidak! Anda tidak akan diberi apa-apa rebate daripada Astro atas siaran-siaran yang diberhentikan tetapi Astro telah menambah 1 siaran baru iaitu Channel Comedy Central Asia di siaran CH718 dan juga Astro GO. Tetapi ianya termasuk di dalam mini pack dan bukannya Family Pack. Jadi anda bayar lebih untuk perkhidmatan yang berkurangan.

Astro Berhentikan Menyiarkan DIVA dan E! Entertainment Channel

Astro Berhentikan Menyiarkan DIVA dan E! Entertainment Channel

Siaran baru Comedy Central Asia ini akan bermula pada 1 Januari 2020 (CH718 dan Astro GO). Anda boleh saksikannya jika melanggan mini pack sahaja.

Tetapi jika anda masih ingin menonton siaran DIVA dan E! Entertaiment, ada beberapa cerita lagi masih boleh diakses di Astro GO. Tapi pastikan anda melanggan pack tersebut dan barulah anda boleh tonton channel tersebut. 

Post a Comment

Previous Post Next Post