Senarai Penerima Penghargaan Khas Daripada Astro Sempena Konsert Throwbaek 2019

Senarai Penerima Penghargaan Khas Daripada Astro Sempena Konsert Throwbaek 2019

Astro telah mengadakan satu acara khas untuk pelanggan Astro iaitu Konsert Throwbaek 2019. Acara ini sebenarnya bukan 100% konsert nyanyian tetapi juga diadakan pencapaian anugerah atau pencapaian khas kepada mereka yang berjaya sepanjang tahun 2019

Jadi pada malam tersebut, pencapaian ini dipilih oleh pihak Astro ke atas mereka yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan pencapaian yang memberangsangkan sepanjang 2019. Pelbagai penghargaan telah diberi pada malam Konsert Throwbaek 2019 tersebut. Terdapat 14 penghargaan yang disampai pada malam tersebut.

Malam itu juga, acara ini telah dimeriahkan oleh 3 pengacara sensai masa kini iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sheeey al-Hadad dan pastinya keadaan menjadi happening dengan kehadiran mereka sebagai pengacara.

#GempakLive : Konsert Throwbaek 2019 dah start! Korang kalau nak tengok buka Astro Ria dan Ria HD sekarang! Khas untuk korang #throwbaek2019 #khasuntukmu

2,272 Likes, 9 Comments - Astro Gempak (@astrogempak) on Instagram: "#GempakLive : Konsert Throwbaek 2019 dah start! Korang kalau nak tengok buka Astro Ria dan Ria HD..."

Jadi ramai artis telah terlibat bagi memeriahkan acara tersebut antaranya juara-juara Gegarvaganza Hady Mirza dan Naqiu, Siti Nordiana, Floor 88, Datuk M. Nasir, Ezad Exist, Jatt Ali, One Nation Emcess, Haqim Rusli dan ramai lagi.

Baca Juga : Naqiu Dan Hady Mirza Dinobatkan Sebagai Juara Gegarvaganza Musim Ke-6 Tahun 2019

Untuk ketahui penerima Anugerah Khas Astro sempena Konsert Throwbaek 2019, anda boleh lihat senarai penuh dibawah.

Pemenang Anugerah Khas Astro (Konsert Throwbaek 2019)

Malaysian Sweetheart - Shweta Sekhon

Beliau dipilih oleh Astro untuk memenangi penghargaan Malaysian Sweetheart ini kerana telah menjadi naib juara dalam acara Miss Universe 2019 yang diadakan baru-baru ini. Walaupun terjadi kontroversi tetapi warisan Malaysia telah dipertontonkan kepada dunia.

Suara Bertaraf Dunia - UiTM Chamber Choir (UCC)

Pada Julai yang lepas, UCC telah merangkol 3 emas di acara International Choir Festival yang diadakan di Poland

Bintang Baru Nak Up - Ben Amir

Ben Amir yang telah melakonkan watak utama di dalam drama Astro, Sweetdream yang menjadi tontonan drama tertinggi Astro bagi tahun 2019.

KOL (Key Opinion Leader) Baek - Sofyank Dan Cik B

Mereka berdua telah menjadikan diri mereka atau individu yang boleh dijadikan contoh ikutan yang baik dalam bidang masing-masing. Sofyank di dalam bidang grafik editor dan Cik B di dalam perniagaan.

Filem GO International - Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Dengan fenomena animasi Malaysia 2019, Upin & Ipin pergi lebih jauh. Filem ini telah mendapat pencalonan awal bagi sertai anugerah Oscar yang diadakan pada 2020. Semoga Upin & Ipin terpilih dan dapat masuk pusingan akhir. 

#GempakLive : Les Copaque antara team animasi yang berjaya mengharumkan nama Malaysia. Mereka memang layak menerima anugerah Filem Go International. #karnivalthrowbaek2019

1,141 Likes, 2 Comments - Astro Gempak (@astrogempak) on Instagram: "#GempakLive : Les Copaque antara team animasi yang berjaya mengharumkan nama Malaysia. Mereka..."

Video Pendek Baek - Syahmi, Asif Dan Yoe Parey

Mereka ini bukanlah artis seperti yang lain tetapi mereka terkenal di Youtube dengan video pendek yang sangat mencuti hati. Ada antara videonya telah mencapai 2 juta views dalam masa sebulan. Bukan biasa-biasa Youtubers ni.

Unsung Hero - Azlan Shah

Beliau merupakan pelumba motosikal dalam kategori Grand Prix. Pada 2019 ini, beliau telah menjuarai gelaran Asia kelas elit Superbike 1000cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019

Lagu Paling Baek - Mengantuknya Mumia (Didi & Friends)

Kita sudah tahu, baru-baru ini lagu Didi & Friends ini telah trending dengan hebatnya sehingga mendapat jumlah tontonan 10 juta views dalam masa sebulan. Lagu kali ini merupakan lagu ciptaan baru yang berbeza daripada lagu-lagu rakyat yang lain.

Band Baek - Exist

Ianya dipilih kerana kembalinya mereka di persada seni Malaysia pada tahun 2019 ini dengan Exist Reunion. Ternyata Exist masih mempunyai aura dan peminatnya yang ramai di Malaysia.

Uprising Composer - Haqiem Rusli

Haqiem Rusli antara komposer muda yang berjaya di Malaysia bagi tahun 2019. Pelbagai anugerah yang diperoleh sepanjang bergelar anak seni. Sehingga kini beliau telah mencipta 10 lagu yang rata-ratanya menjadi hit di corong radio.

Gadis Mekar Sepanjang Tahun - Mira Filzah

Mira Filzah dipilih sebagai antara artis perempuan yang berjaya bagi tahun 2019. Pelbagai drama, filem yang dilakonkan oleh beliau sepanjang karier anak seni. Perkembangannya juga agak memberangsangkan sehingga juga terlibat dalam bidang host.

Hero Kekar Sepanjang Tahun - Hairul Azreen

Tuan kepada Mujibu, Hairul Azreen ini dipilih menerima penghargaan daripada Astro berikutan kejayaan beliau sepanjang penglibatan di dalam filem yang berunsurkan aksi dan lagak ngeri bagi tahun 2019.

Edisi Khas Throwbaek - Dr. Amalina Che Bakri

Siapa tidak kenal akan individu yang menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu ketika beliau menerima 17A di dalam SPM dan kini bekerja sebagai Doktor di London. Beliau menerima penghargaan ini kerana, beliau antara individu yang bertanggungjawab merawat Ainul Mardiah untuk membuang tumor di mulut adik kecil tersebut. Besar bakti beliau.

Ikon Throwbaek Abadi - Dato' Ramli MS

Juri tetapi Gegarvaganza, Dato' Ramli MS menerima penghargaan atas usaha beliau menggangkat Astro khususnya program realiti TV Gegarvaganza tersebut ke tingkat yang lebih tinggi sebelum ini. Mana pernah jaura ada 2 beb!

Throwbaek Most Wanted - Nabil Ahmad, Jihan Muse, Sherry al-Hadad

Mereka bertiga antara pengacara yang terbaik dimiliki oleh Astro setakat ini. Jadi Astro nak bagi juga penghargaan kepada mereka sempena Konsert Throwbaek 2019


Jika nak tengok siaran penuh Konsert Throwbaek 2019, boleh klik link di bawah


Post a Comment

Previous Post Next Post