Senarai Lokasi 'Viewing' Terbaik Untuk Tengok Hujan Meteor Quadrantis

Senarai Lokasi 'Viewing' Terbaik Untuk Tengok Hujan Meteor Quadrantis

Siapkan bantal, tempat baring, kamera, makanan dan minuman supaya anda tidak terlepas untuk melihat fenomena alam Hujan Meteor Quadrantis. Jika sebelum ini penduduk Malaysia merasai pengalaman bersama dengan fenomena alam Gerhana Matahari Anulus, kini tahun 2020, hujan meteor pula berlaku di sini.

Pastinya kita yang bertuah ini tidak mahu lepaskan peluang yang jarang berlaku di Malaysia terutamanya fenomena alama seperti Hujan Meteor ini. Menerus laporan timedate.com fenomena ini berada di kemuncak bermula jam 11 malam (4 Januari 2020) hingga 7 pagi (5 Januar 2020). Dilaporkan juga selama tempoh tersebut lebih 120 hujan meteor yang anda boleh saksikan dalam masa 1 jam.

Fenomena hujan meteor ini sebenarnya bukan semua tempat di Malaysia anda boleh saksikan. Jadi jika anda berada di berdekatan tempat ini, mungkin anda berpeluang untuk saksikan fireball-with-tail (meteor) itu melintasi langit anda.

Senarai Lokasi 'Viewing' Terbaik Untuk Tengok Hujan Meteor Quadrantis
via : falakonline.net

Dimana kawasan-kawasan tersebut? Jom tengok di bawah

Kawasan 'Viewing' Terbaik Untuk Tengok Hujan Meteor Quadrantis

Untuk mendapatkan pandangan yang jelas, pastikan anda berada di kawasan yang gelap atau kurang cahaya. Barulah lintasan hujan meteor tersebut anda boleh saksikan dengan baik. Pastikan juga cuaca baik tau, kalau lindungi dik awan, memang tak nampak la jawabnya.

Antara lokasi tersebut adalah :
  1. Pantai Pasir Klebang, Melaka
  2. Kuala Selangor
  3. Ulu Yam, Selangor
  4. Kuala Kubu Bharu, Selangor
  5. Pulau Tioman, Pahang
  6. Pulau Gem, Terengganu
  7. Pulau Redang, Johor
  8. Mersing, Johor
  9. Cameron Highlands, Pahang
  10. Pantai Malindo, Pulau Pinang
  11. Kampung Teluk Pelanduk, Seremban
  12. Sekinchan, Selangor
  13. Kudat, Sabah
  14. Broga Hill
  15. Kota Belud, Sabah
  16. Tanjung Simpang Mengayau, Sabah

Jika tiada senarai di tempat anda, tak salah untuk anda mencuba lihat sendiri di kawasan anda. Jika ada rezeki, mungkin dapat lihat dan rakam fenomena Hujan Meteor Quadrantis ni kan. Kongsilah penglaman di bahagian komen.

Post a Comment

Previous Post Next Post