Program Baru Astro, Dansa Dan Sing Temui Peminat Setiap Malam Ahad

Program Baru Astro, Dansa Dan Sing Temui Peminat Setiap Malam Ahad

Selepas Gegarvaganza, kini program baru Astro temui anda setiap malam ahad iaitu Dansa Dan Sing. Ianya merupakan sebuah rancangan realiti tv yang berkonsepkan nyanyian dan tarian di dalam sebuah pertandingan.

Pastinya ianya sebuah pertandingan yang baru di Malaysia dimana anda dinilai dalama 2 kategori iaitu nyanyian dan tarian. Anda perlu baik dalam lontaran suara dan anda perlu baik dalam pergerakan tubuh bagi menjuarai pertandingan Dansa Dan Sing ini.

Pertandingan Dansa Dan Sing

Untuk tahun 2020 ini, pertandingan Dansa Dan Sing akan bermula dan saksikan persaingan 10 kumpulan yang akan berentap dalam pencarian juara keseluruhan daripada peserta dikalangan artis-artis serta penari terkenal Malaysia. Anda boleh saksikan pertandingan Dansa dan Sing ini setiap Ahad bermula 9 malam hingga 11 malam setiap minggu di Astro Ria dan Ria HD.

Program Baru Astro, Dansa Dan Sing Temui Peminat Setiap Malam Ahad

Dansa Dan Sing diserikan dengan pengacara terkenal Sherry al-Hadad dan juga juara Gegervaganza 6 Hardi Mizra. Selain itu, 3 juri tetapi dijemput bagi mengadili setiap peserta iaitu guru tarian, Linda Jasmine, ikon fesyen terkenal, Datuk Rizalman dan bersama seorang juri jemputan setiap minggu.


Antara senarai peserta yang terlibat di dalam pertandingan Dansa Dan Sing ini (Artis dan Penari)
  • Arja & The Pirates
  • Atilia, Yasmin Hani & The Lola
  • Shiha Zikir & Team Squad
  • Sophia Liana & Budak Ngam
  • Nik Qistina & DP Fam
  • W.A.R.I.S & Alamak
  • Harris Baba & Unique
  • Wani Kayrie & DeLitz
  • Raja Syahiran & 2Twenty2 Squade
  • Chubb-e & Zeppo Youngsterz Crew

Jika anda berminat mana-mana peserta anda boleh membuat undian setiap kali waktu bersiaran dengan scan barcode yang tertera di kaca TV atau pergi ke gempak.com/rancangan/dansadansing untuk mengundi.

Jangan lupa janji temu anda setiap Ahad di Astro RIA dan RIA HD yang guys! Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke website Astro gempak

Post a Comment

Previous Post Next Post