Program Subsidi Petrol (PSP) Tidak Diteruskan Dahulu Sehingga Dimaklumkan Kemudian

Program Subsidi Petrol (PSP) Tidak Diteruskan Dahulu Sehingga Dimaklumkan Kemudian

Pada Oktober 2019 yang lepas, pihak Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan suatu program bagi membantu golongan yang memerlukan dalam mendapatkan subsidi petrol iaitu melalui Program Subsidi Petrol (PSP)

Baca Juga : Semak Kelayakan Menerima Program Subsidi Petrol (PSP)

PSP seperti yang diumumkan akan diberi kepada yang layak bermula tahun 2020 yang akan datang. Program ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan bagi menampung kepenggunaan minyak petrol bagi kenderaan motosikal dan kereta bagi golongan berpendapatan rendah.

Tetapi hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifudin Nasution melalui mesyuarat Kabinet telah memutuskan dimana Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan dahulu sehingga suatu masa yang akan diumumkan kemudian.

Hal ini kerana :
  1. Untuk memberi ruang sesi penerangan dan penjelasan bagi pelaksanaan program PSP ini.
  2. Beri ruang proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 akan dikendalikan oleh Kementeri Kewangan
Program Subsidi Petrol (PSP) Tidak Diteruskan Dahulu Sehingga Dimaklumkan Kemudian

Walaupun berita ini agak mengejut yang mana kita hanya tinggal 1 hari sahaja lagi untuk masuk ke tahun 2020, melalui KPDHEP sendiri memberi tahu, sementara itu, rakyat akan terus menikmati harga petrol seperti mana sistem sekarang iaitu RON95 berharga RM2.08 dan Diesel berharga RM2.18 dan RON97 mengikut harga pasaran.

Post a Comment

Previous Post Next Post