Semak Kelayakan Menerima Program Subsidi Petrol (PSP)

semak permohonan program subsidi petrol (psp) 2020

Dalam Belanjawan 2020 baru ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan dimana golongan B40 akan menerima subsidi petrol di bawah Program Subsidi Petrol (PSP) bagi tahun 2020. Program ini dikelola di bawah Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP).

Tujuan Program Subsidi Petrol (PSP) ini adalah bagi meringankan beban isirumah berpendapatan rendah (B40) melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Buat masa tahun 2019 ini, Kerajaan telah memberi subsidi petrol kepada semua golongan sehingga kini RON95 masih diapung pada harga RM2.08 seliter dan DIESEL pada harga RM2.18 selitar. Jadi harga sebenar tanpa subsidi pastinya lebih mahal. Bermula 2020, Kerajaan telah mengumumkan tiada lagi subsidi bagi RON95 dan DIESEL, jadi inisiatif PSP inilah menjadi jalan terbaik bagi golongan yang patut menerima subsidi petrol ini.

Apakah Kadar Bentuk Kewangan Di Bawa Program Subsidi Petrol (PSP) ini?


Mengikut penerangan daripada KPDNHEP sendiri, kadar bentuk kewangan yang bakal diterima oleh penerima bagi program PSP ini adalah seperti berikut :

  • Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta atau RM12 sebulan bagi pemilik motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi.
  • Individu yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi.
  • Sebagai contoh, seorang bapa yang memiliki dua kereta dan dua motosikal untuk kegunaan isteri dan anak-anaknya hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM30 sebulan. Bagi individu yang memiliki dua motosikal hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM12 sebulan.
Subsidi petrol akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020. Bagi kereta sebanyak RM120 dan motosikal sebanyak RM48

semak permohonan program subsidi petrol (psp) 2020

Siapa Yang Layak Menerima Program Subsidi Petrol (PSP)?


Anda layak jika anda memenuhi kriteria berikut:

  • Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
  • Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
  • Sad pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
  • Kelayakan berdasarkan kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
    • Kereta <= 1,600cc
    • Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
    • Motosikal <= 150cc
    • Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun.
semak permohonan program subsidi petrol (psp) 2020

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Program Subsidi Petrol (PSP) ini, anda boleh muat turun soalan lazim berkaitan dalam bentuk pdf disini atau rujuk disini

Semak Status Kelayakan


Jadi untuk melayakkan anda menerima Program Subsid Petrol (PSP) ini, anda perlu menyemak status kelayakan di portal KPDNHEL di psp.kpdnhep.gov.my dan klik pada Semak Kelayakan. Anda boleh mula semak kelayakan bermula 15 Oktober 2019

semak permohonan program subsidi petrol (psp) 2020

Buat Rayuan Permohonan


Jika status anda tidak layak bagi menerima Subsidi Petrol (PSP) ini, anda boleh membuat rayuan di portal yang sama iaitu di psp.kpdnhep.gov.my kemudian masukkan No IC dan klik Ingin Merayu. Kategori rayuan merangkumi pengemaskinian pemilikan kenderaan atau alamat rumah.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan dengan Program Subsidi Petrol (PSP) anda boleh layari portal rasmi di www.psp.kpdnhep.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post