Skim Air Darul Ehsan. Cara Memohon Dan Ketahui Syarat Permohonan

syarat dan cara memohon skim air darul ehsan

Untuk penduduk di Selangor, berita baik untuk anda dimana pemberian air percuma kepada penduduk Selangor dibawah Skim Air Darul Ehsan. Anda mestilah membuat permohonan bagi menerima skim ini, jika anda layak, anda boleh menerima air percuma dan pendaftarnya sudah dibuka bermula 30 September 2019 lagi.

Skim Air Darul Ehsan ini adalah program penjajaran semula daripada Program Pemberian Air Percuma yang dilaksanak oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini di negeri Salengor sejak tahun 2008. Jika sebelum ini, pemberian air percuma bagi kegunaan 20 meter padu kepada semua penduduk Selangor, kini tiada lagi dan sudah diganti dengan Skim Air Darul Ehsan dan.

Tetapi menerusi kenyataan Selangokini, pengguna yang sedang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan akan terus menikmati keistimewaan sehingga 29 Februari 2020. Pengguna hendaklah membuat permohonan yang baharu. Sekiranya layak, pemohon dapat menikmati bekalan air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan bermula pada 1 Mac 2020.

Jadi jika tidak diterima oleh semua rakyat Selangor, siapa yang layak menerima Skim Air Darul Ehsan ini?

syarat dan cara memohon skim air darul ehsan

Syarat Permohonan

Skim Air Darul Ehsan ini layak dinikmati pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut:

  • Pemohon atau pasangan adalah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
  • Pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang sekiranya bujang/tiada pasangan) RM4,000 dan ke bawah
  • Premis kediaman meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah)
  • Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC)
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja

Cara Memohon


Bagi penduduk Selangor yang layak bagi menerima Skin Air Darul Ehsan ini, anda boleh mula membuat permohonan. Permohonan telah dibuka bermula 30 September 2019 sehingga 31 Disember 2019. Cara memohon adalah seperti berikut :
Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke iprair@airselangor.com atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Soalan Lazim

Bagi ketahui soalan lazim yang ditanya atau untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Skim Air Darul Ehsan, anda boleh pergi ke pautan SelangorKini


Untuk maklumat lanjut layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended