Akaun Twitter Paling Terkenal Setakat Tahun 2019

Mengikut data daripada Statista, pengguna aktif Twitter di Malaysia sahaja berjumlah lebih 2 juta pengguna bermula dariapda 2014 hingga 2019 (setakat ini). Ini menunjukkan betapa ramainya pengguna yang suka atau gunakan media sosial, Twitter selain daripada platform lain seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Kita sedia maklum, Twitter juga menggunakan konsep Following dan Followers yang mana kita biasa dengar sebagai Friends jika di Facebook. Seperti contoh, jika anda follow sesebuah akaun Twitter, anda menjadi Follower akaun tersebut. Jadi setiap perkara yang di kongsikan oleh akaun tersebut, anda akan dapat tahu atau baca di timeline anda.

Di Twitter, setiap perkongsian digunapakai menggunakan istilah Tweet atau di Facebook sebagai contoh update post/status. Sama sahaja konsepnya. Mungkin lain sedikit adalah, di Twitter anda mempunyai had aksara bagi satu Tweet iaitu sebanyak 280 aksara sahaja. Anda boleh tweet dengna jumlah patah perkataan itu sahaja.

Akaun Twitter Paling Terkenal Setakat Tahun 2019

Jadi dengan adanya konsep Followers ini dan dengan jumlah lebih 2 juta pengguna aktif di Twitter Malaysia. Siapalah agaknya pengguna Twitter atau akaun Twitter paling terkenal setakat ini di Malaysia, tahun 2019. Terkenal dengan erti maksud, mempunyai followers yang ramai. Untuk tahu kedudukan 10 teratas followers paling ramai, jom tengok sini.

10 Teratas Akaun Twitter Paling Terkenal Tahun 2019

Perkongsian ini dipetik daripada socialbakers.com iaitu sebuah laman web yang mengumpul data tentang media sosial. Jad jom kita lihat senarai 10 teratas akaun Twitter paling terkenal tahun 2019

Akaun Twitter Paling Terkenal Setakat Tahun 2019

#10 - A. Mustofa Bisri (@gusmusgusmu)

Following : 670
Followers : 2 213 422

#9 - Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_Sam)

Following :1 911
Followers : 2 265 251

#8 - Yuna Zarai (@yunamusic)

Following : 1 602
Followers : 2 470 054

#7 - Khairy Jamaluddin (@Khairykj)

Following : 2 394
Followers : 2 472 612

#6 - Neelofa (@Neelofa)

Following : 503
Followers : 2 515 127

#5 - Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11)

Following : 105
Followers : 2 539 620

#4 - zizan razak (@zizanrajalawak)

Following : 1 283
Followers : 2 769 892

#3 - AirAsia (@AirAsia)

Following : 438
Followers : 3 264 753

#2 - Lisa Surihani (@LisaSurihani)

Following : 455
Followers : 3 784 194

#1 - Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak)

Following :161
Followers : 4 169 445


Jangan lupa juga follow Twitter hellokerja di @hellomedia_my

twitter hellokerja

Post a Comment

Previous Post Next Post