Naqiu Dan Hady Mirza Dinobatkan Sebagai Juara Gegarvaganza Musim Ke-6 Tahun 2019

2 juara gegarvaganza 2019 naqiu dan hady mirza

Tidak terkejut dengan pertambahan minggu sebelum ini, kali ini lebih besar dimana 2 Juara telah dipilih di dalam Gegarvaganza 6 Tahun 2019 iaitu Naqiu Boboy Dan Hady Mirza. Tak masuk akal kan, 2 juara dalam 1 pertandingan. Tapi itu lah aura GV yang disokong oleh semua peminat tanah air.

Baca Juga : Senarai Peserta Gegarvaganza 6 2019 

Seperti sebelum ini, musim Ke-6 ini begitu istimewa sikit, sebab pada tahun ini, Gegarvaganza telah dipanjangkan tempoh pertandingan daripada 8 minggu kepada 11 minggu. Ini kerana GV telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat. Justeru Astro telah membuat keputusan untuk menambahkan minggu pertandingan. Dan dapat 2 juara!

Persoalannya? Dua peserta dapat RM100,000 ke?

Minggu akhir GV6 telah menyaksikan 6 peserta yang masih meneruskan perjuangan iaitu Naqiu Boboy, Hady Mirza, One Nation Emcee, Nurfatima, Jatt dan Sham Visa. Juri tetapi masih dikekalkan iaitu Dato Ramli MS dan Bonda Hetty Koes Endang dan juri jemputan Dato Rizalman.

Tugasan yang diterima bagi minggu akhir ini pula adalah sebanyak 2 buah lagu iaitu lagu solo dan lagu battle. Ikuti lagu dan tugasan yang diterima di bawah

senarai pemenang gegarvaganza 2019

Tugasan Finale

Tema 1 : Cover Finale


Nurfatima
Insan (Yantzen)

Sham Visa
Haruskah Diuji (Farish)

Hady Mirza
Ku Bersuara (Ernie Zakri)

One Nation Emcees
Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)

Jatt Black Dog Bone
Without You (Harry Nilsson)

Naqiu Boboy
Srikandi Cintaku (Bloodshed)
Tema 2: Battle (Hip-Hop)

Jatt Black Dog Bone VS Sham Visa
Angguk Angguk Geleng Geleng (Ahli Fiqir)

Nurfatima VS One Nation Emcees
In the End (Linkin Park)

Hady Mirza VS Naqiu Boboy
Haaa Tepok (MeerFly ft MK K-Clique ft Kidd Santhe)

Senarai Pemenang Gegarvaganza Musim Ke-6 Tahun 2019

Tempat Ke-6
Shah Visa

Tempat Ke-5
One Nation Emcee

Tempat Ke-4
Nurfatima

Tempat Ke-3
Jatt

Naib Juara
Tiada

Juara
Naqiu Boboy Dan Hady Mirza

Post a Comment

Previous Post Next Post