Ramalan Cuasa Esok Dan Hari Ini

Ramalan Cuasa Esok Dan Hari Ini

Kini terdapat pelbagai cara untuk anda buat semak ramalan cuaca esok bagi setiap setiap kawasan mengikut bandar, daerah dan negeri-negeri di Malaysia.

Kita lihat cuaca panas pada hari ini, belum tentu esok akan berlaku lagi pada keadaan yang sama atau mungkin hujan. Tapi ada juga kemungkinan cuaca besok mungkin sama dengan cuaca hari ini.

Semua cuaca kita boleh ramal, tapi bukan kita menentukan. Cuba usaha dahulu untuk ramalkan keadaan selepas ini, berusaha dan akhir berserah kepadaNya.

Cara Semakn Cuaca Hari Ini Dan Esok

Kini di zaman serba canggih dengan teknologi, pelbagai cara untuk kita ketahui cuaca akan datang. Semua ini adalah disediakan oleh pihak kaji cuaca sendiri.

Berikut merupakan antara perkhidmatan yang anda boleh gunakan untuk buat semakan cuaca sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile:

1)  Aplikasi MyCuaca

Aplikasi MyCuaca dikeluarkan oleh agensi Met Malaysia. Anda boleh download di Play Store atau App Store secara percuma.

Ramalan Cuasa Esok Dan Hari Ini

Dengan adanya aplikasi mobile ini, ianya memudahkan orang ramai untuk mengakses dimana-mana sahaja dengan hanya memastikan ada sambungan internet sahaja.

Anda boleh ketahui secara terus tentang ramalan cuaca di lokasi anda dengan tepat. Jika anda berada di Kuala Lumpur, anda boleh ketahui cuaca hari ini di Kuala Lumpur dan sebagainya.

Info lain, sekiranya ada berlaku ribut petir, hujan lebat, angin kencang, gempa bumi dan sebagainya, apikasi ini akan menghantar notifikasi amaran terus ke handphone anda.

2)  Laman Web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia

Anda boleh semak di laman web : https://www.met.gov.my/

Di laman web rasmi Met Malaysia ini disediakan maklumat lengkap tentang cuaca semasa bagi setiap kawasan bandar, daerah, negeri dan termasuklah pusat peranginan.

Bukan itu sahaja, selain mengetahui cuaca Malaysia hari ini, disini juga akan dipaparkan ramalan cuaca sehingga tujuh hari akan datang.

Tambahan lagi, di Met Malaysia juga ada disediakan pelbagai lagi informasi terkini tentang amaran ribut petir, gempa bumi, tsunami, angin kencang, laut bergelora, ribut taufan dan pelbagai lagi.

Ramalan Cuasa Esok Dan Hari Ini

3)  Laman Web AccuWeather

Pilihan lain selain daripada yang disediakan oleh Met Malaysia, anda juga boleh menggunakan https://www.accuweather.com/ untuk penggunaan di Malaysia dan luar negara.

Anda juga boleh ketahui ramalan cuaca Malaysia bagi setiap negeri. Boleh tahu cuaca hari ini dan esok. Menerusi accuweather boleh juga ketahui keadaan adakah sesuai aktiviti yang kita boleh jalankan.

Diharapkan perkongsian bermanfaat untuk anda yang ingin ketahui keadaan dan ramalan cuaca hari ini dan esok serta pada hari berikutanya.

Setiap perkhidmatan yang disediakan mempunyai fungsi dan ciri-ciri tersendiri. Terserah kepada anda untuk menggunakannya mengikut keadaan yang mana lebih mudah.

Post a Comment

Previous Post Next Post