Cara Beli Dendeng Nyet Berapi Khairulaming Pada Jumaat Ini Sebanyak 80,000 Pek

Dendeng Nyet Berapi Khairulaming

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk menunggu launching produk terbaru Khairulaming iaitu Dendeng Nyet Berapi yang mana akan mula dijual pada Jumaat ini, 2 Februari 2024 dengan stok yang terhad.

Tidak semena-mena pada 29 Januari yang lepas, figura Khairulaming yang terkenal dengan Sambal Nyet Berapi secara rasmi memperkenalkan produk kedua daripada beliau sendiri iaitu Dendeng Nyet Berapi.

BACA JUGA : Dapatkan Dendeng Nyet Berapi Di Shopee

Katanya produk terbaru ini diambil masa lebih setahun untuk buat reseach dan persediaan dari segala segi yang mana telah menelan belanja RM2 juta terutamanya ingin membeli peralatan kilang.

Jika sebelum ini, kalau beliau jual Sambal Nyet Berapi di mana-mana platform baik Shopee atau TikTok, tidak kurang seminit pasti habis dijual. Kemudian orang ramai perlu tunggu untuk stok seterusnya.

Kali ini nampaknya perkara tersebut bakal terjadi lagi dengan Dendeng Nyet Berapi pula. Pasti ramai yang akan berpusu-pusu untuk mendapatkan produk terbaru daging hiris ini terutamanya pada hari perasmian nanti.

Seperti yang diumumkan oleh Khairul Aming sendiri menerusi laman twitter beliau, untuk permulaan ini, Dendeng Nyet Berapi akan dijual sebanyak 80,000 pek sahaja terlebih dahulu.

Jadi tidak boleh tidak, orang ramai yang ingin menjadi yang pertama dan terawal untuk dapatkan Dendeng Nyet Berapi sekali lagi perlu berebut secara online untuk dapatkan produk ini.

Info Dendeng Nyet Berapi

  • Berat : 180 g
  • Harga : RM14.99
  • Kuantiti : 80,000 unit (Batch pertama)
  • Purchase Limit : Seorang boleh beli 6 paket
  • Platform Jualan : TikTok

Cara Beli Dendeng Nyet Berapi Khairulaming

Untuk yang ingin dapatkan Dendeng Nyet Berapi, anda boleh beli pada hari Jumaat, 2 Februari 2024 secara live di TikTok Khairulaming. Ianya akan mula dijual pada pukul 9.00 malam. Ikuti caranya dibawah:

  • Pergi ke laman TikTok Khairulaming DISINI
  • Pada halaman utama, klik pada 'LIVE Event: Feb 2 8:35 PM'
  • Klik butang 'Register'
  • Anda akan diberi notifikasi bila live akan bermula
  • Kemudian anda boleh beli di 'bag kuning' yang disediakan ketika penjualan dibuat

Cara Beli Dendeng Nyet Berapi Khairulaming Pada Jumaat Ini Sebanyak 80,000 Pek

Selamat memburu dan battle untuk jadi yang terawal dapatkan Dendeng Nyet Berapi nanti. Selain itu, anda juga boleh dapatkan di Shopee Khairulaming sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post