Cara Ukur Saiz Kasut US, UK Dan EU Sesuai Dengan Kaki Malaysia

Cara Ukur Saiz Kasut US, UK Dan EU Sesuai Dengan Kaki Malaysia

Ramai yang tercari-cari dan tertanya-tanya bagaimana nak ukur saiz kasut dengan betul supaya masa kena dengan saiz kaki anda dengan tepat dan pastinya akan memberi kesan kepada keselesaan kaki.

Ini berlaku selalu ketika anda buat pembelian kasut secara online. Kalau anda beli di kedai, anda boleh cuba sendiri di kaki anda sehingga dapat saiz yang sesuai dan selesa dipakai sepanjang hari.

{tocify} $title={Table of Contents}

Kalau beli online, risau dah sampai nanti, terlalu besar atau lebih merugikan ianya tak muat dan sekali gus anda tak boleh pakai dan membazir sahaja. Kasut ketat juga membahayakan kaki tau.

Jenis Dan Bentuk Tapak Kaki

Sebelum kita nak tahu size kasut yang sesuai untuk kaki kita terutamanya jika anda ingin membeli kasut jogging atau kasut sukan, anda kena tahu dahulu jenis dan bentuk tapak kaki.

Ini kerana setiap daripada kita mempunyai bentuk tapak kaki yang berbeza-beza. Jadi dengan ketahuinya, boleh juga anda gunakan jenis kasut apa yang sesuai anda beli.

Normal

Secara asasnya, jika anda mempunyai bentuk kaki yang sedikit lengkung bagi ibu jari dan tumit, ini bermakna anda mempunyai kaki dengan keadaan Normal. Oleh itu, semua jenis kasut sesuai untuk anda.

Kaki Rata (Flat Feet)

Berbeza dengan bentuk Kaki Rata, dimana jika anda berdiri, keseluruhan tapak kaki akan menyentuh lantai, tiada lengkungan seperti keadaan normal. Oleh itu, kasut jenis overpronator sesuai untuk anda. Contoh Disini.

Kaki Melengkuk (High-Arched Feet)

Jika keadaan normal, mempunyai sedikti lengkungan pada antara ibu jari dan tumit, untuk kaki bentuk High-Arched Feet ini lengkungannya lebih besar. Jadi anda perlu dapatkan kasut dengan tapak yang lebih lembut dan fleksibel untuk bagi keselesaan maksima kepada kaki anda. Contoh Disini

Jenis Dan Bentuk Tapak Kaki

Meskipun begitu, jenis tapak kaki ini tidak mempengaruhi saiz kaki anda bagi menuntukan saiz kasut yang anda ingin beli. Nak tahu ukuran saiz kasut yang sesuai, anda boleh baca dibawah

Cara Ukur Saiz Kaki

Untuk ketahui saiz kaki anda sebenar, tidak boleh tidak, anda kena ukur sendiri di rumah, sebelum nak buat pembelian kasut terutamanya secara online.

Memakai Alat Pengukur

Cara paling mudah, anda boleh ukur saiz kaki anda dengan menggunakan alat pengukur sama ada menggunakan pita pengukur, pembaris atau apa-apa alat pengukur yang bersesuai.

Paling tepat sudah pastinya menggunakan Foot Measure Ruler. [Dapatkan Disini] Ukuran adalah bermula daripada tumit sehingga hujung ibu jari. Panjang inilah yang menentukan saiz kasut anda yang sesuai untuk dipakai.

Cara Ukur Saiz Kaki

Daripada ukuran ini, kebiasaanya anda akan ketahui panjang atau saiz kaki anda dalam ukur centimeter (CM) atau dalam inci. Jika anda dah dapat ukuran kaki anda, barulah anda boleh cari size kasut yang sesuai sama ada dalam ukur UK, US atau EU mengikut saiz kasut Malaysia.

Untuk ketahui size kasut yang sesuai, anda boleh rujuk jadual dibawah yang mana berbeza-beza mengikut kategori iaitu saiz kasut lelaki, saiz kasut wanita dan saiz kasut baby dan kanak-kanak.

Carta Saiz Kasut

1)  Saiz Kasut Lelaki

Saiz Kasut Lelaki

Sebagai contoh, sekiranya anda ukur kaki anda dan saiznya adalah 25.5 cm, jadi anda boleh dapatkan saiz kasut Europe, EU (44) atau UK (11) atau US (10)

2)  Saiz Kasut Perempuan

Saiz Kasut Perempuan

Saiz kasut perempuan dewasa pastinya pastinya sedikit kecil. Jika anda mempunyai saiz kaki 23.5 cm, anda boleh beli kasut Europe, EU 38 atau UK 5 atau US 7.

3)  Saiz Kasut Budak

Saiz Kasut Budak

Untuk kasut bayi dan kanak-kanak, juga berbeza mengikut bulan dan tahun kelahiran. Anda rujuk jadual di atas untuk ketahui saiz kasut apa yang sesuai untuk anak-anak anda.

Tips Untuk Membeli Kasut

Ukuran saiz kaki yang anda buat tersebut adalah tepat untuk saiz kasut. Tetapi adalah sebaiknya anda tambahkan 0.5 hingga 1 inci ~ (1.27 hingga 2.54 cm) bagi setiap ukuran tersebut.

Ini kerana, jika anda memakai kasut, pastinya anda akan sarungkan stokin bersama. Jadi saiz kaki anda akan besar sedikit. Kalau beli ngam-ngam nanti, jadi ketat dan sempit. Jadi tambahkan sedikit saiz kasut tersebut.

Selain itu, disarankan juga untuk anda ukur saiz kaki ketika waktu petang. Ini kerana keadaan tersebut dikatakan merupakan keadaan terbaik kaki anda (saiz optimum).

Tambahan tips lain, sekiranya anda beli kasut secara online seperti Skechers di Shopee terutamanya, anda boleh menggunakan carta kasut yang diberi dan ianya lebih tepat mengikut jenama kasut tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post