6 Resepi Kuih Tradisional Sesuai Untuk Berniaga Kecil-Kecilan

resepi kuih tradisional

Jika anda bercadang untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan dan ingin menjual kuih tradisional, mungkin anda ikuti beberapa resepi mudah ini terutamanya untuk kuih tradisional yang sesuai dibuat bisnes. 

Kuih muih tradisional memang digemari ramai. Selain itu, ianya sesuai dijadikan hidangan minum petang, diletak atas meja hidangan terutamanya ketika acara majlis, dimajlis keramaian dan sebagainya. Jadi permintaan ada dan sesuai untuk anda mula berniaga.

Mungkin untuk permulaan, anda boleh berniaga mula dari rumah saja. Jika sudah mempunyai modal yang cukup, boleh buka kedai kecil untuk dijual di pasar malam, bazar ramadan atau tempat-tempat yang disediakan oleh pihak PBT untuk berniaga.

Untuk permulaan, boleh berniaga mula dari rumah. Anda boleh baca panduan bisnes makan delivery. Cara nak mula berniaga makanan dari rumah, cara nak buat delivery, cara nak kira kos perbelanjaan dan sebagainya.

Dapatkan panduan Bisnes Makan Delivery untuk anda mulakan bisnes yang mudah dengan kos yang rendah serta sentiasa ada permintaan yang tinggi. alert-success

6 Resepi Kuih Tradisional Paling Popular

Ini merupakan antara 6 resepi kuih tradisional sesuai untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan

#1 - Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara Berlauk

Dengan anggaran kos adalah RM15 untuk saiz hidangan 6-7 orang

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara Memasak

1)  Satukan kesemua bahan dan kisar hingga sebati

2)  Panaskan acuan di atas dapur gas dan sapukan sedikit minyak

3)  Tuang 3/4 adunan ke dalam acuan. Sudukan inti, tabur hirisan cili merah dan sedikit daun sup atau daun bawang

4)  Tutup acuan menggunakan penutup bersesuaian dan biarkan kuih Cara masak

5)  Siap untuk dihidangkan

Bahan-Bahan Inti

  • 1 cawan isi udang (dicincang)
  • 1 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang/daun sup dan cili merah (dihiris halus)
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1)  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan cili kisar. Tumis hingga masak

2)  Tambahkan ubi kentang dan juga udang. Masukkan sedikit air dan masak hingga kering

3)  Perasakan dengan garam secukup rasa. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan

#2 - Kuih Abok Abok Sagu

Kuih Abok Abok Sagu

Dengan anggaran kos adalah RM10 untuk saiz hidangan 5-6 orang

Bahan-Bahan

  • 2 cawan sagu
  • Setengah kelapa parut
  • 1 sudu teh garam
  • 4 keping gula melaka (boleh ganti dengan gula merah)
  • Daun pisang dilayur secukupnya

Cara Memasak

1)  Basuh sagu, toskan. Gula melaka juga dicincang halus dan diketepikan

2)  Gaul sagu, kelapa parut dan garam hingga rata

3)  Ambil daun pisang dan bentukkan menjadi kelongsong (seperti kon)

4)  Masukkan 2 sudu makan campuran sagu ke dalam kelongsong

5)  Masukkan pula 1 sudu makan gula melaka yang dicincang halus tadi

6)  Kemudian masukkan lagi campuran sagu sehingga memenuhi kelongsong

7)  Kemaskan kelongsong dan kukus kuih selama 15 minit

8)  Bila cukup masa memasaknya, angkat dan sedia untuk dinikmati

#3 - Apam Daun Nangka

Apam Daun Nangka

Dengan anggaran kos adalah RM10 untuk saiz hidangan 6-7 orang

Bahan-Bahan

  • 2 setengah cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu makan yis kering (mauripan)
  • 1 suku cawan air
  • Daun Nangka secukupnya untuk membungkus (boleh juga guna daun rambai atau daun pisang)

Cara Memasak

1)  Cairkan mergerin kemudian sejukkan. Kemudian larutkan gula merah bersama air tapis

2)  Dalam bekas besar, satukan tepung, gula pasir dan yis.

3)  Tuang air gula merah dan sebatikan

4)  Masukkan margerin cair, sebatikan lagi. Perap selama 3 jam

5)  Sapukan sedikit minyak pada daun nangka, bentukkan kon dan pin menggunakan lidi supaya kemas. Pastikan bahagian bawah kon betul-betul rapat supaya adunan tidak bocor

6)  Sudukan 3/4 adunan ke dalam kon dan kukus selama 15 minit

7)  Siap dan sedia untuk dihidangkan

#4 - Puteri Ayu Cheese Coklat

Puteri Ayu Cheese Coklat

Dengan anggaran kos adalah RM25 dapat menghasilkan 50 biji. Hidangan ini telah diberi nafas baru, sedikit moden dengan penambahan cheese coklat

Bahan A (Ayak)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula pasir

Bahan C

  • 4 biji telur (kisar)

Bahan Keju

  • 250g krim keju
  • 80g gula kastor
  • 25ml susu cair (boleh juga guna air)
  • 40g tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara Memasak

1)  Satukan semua bahan B. Masak guna api perlahan hingga gula larut

2)  Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Selang selitkan dengan bahan C

3)  Sebatikan adunan hingga semua bahan sebati dan tidak berketul. Ketepikan

4)  Satukan semua bahan-bahan keju. Adun hingga sebati dan masukkan ke dalam piping beg

5)  Ambil acuan kuih Puteri Ayu, oles dengan sedikit minyak. Pada masa yang sama, panaskan air dalam periuk kekusan hingga mendidih

6)  Paipkan adunan ke dalam acuan. Ketebalannya bergantung pada cita rasa masing-masing. 

7)  Kukus adunan keju selama 3 minit. Angkat

8)  Kemudian tuang adunan coklat hingga para 3/4 acuan. Kukus selama 5-10 minit

9)  Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidang

#5 - Som Som Sagu

Som Som Sagu

Dengan anggaran kos adalah RM15 untuk saiz hidangan 6-7 orang

Bahan Sagu

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Memasak

1.  Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan pewarna hijau. Kacau

2.  Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu. Kacau hingga pekat (masa ni sagu masih bermata ikan). Padam api

3.  Tuang sagu ke dalam bekas kecil. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih. Sejukkan

Bahan Kanji Som Som

  • Setengah cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Garam secukupnya

Cara Memasak

1.  Satukan semua bahan di dalam periuk. Sebatikan dan masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau untuk elak berketul

2.  Tuang adunan kanji ke atas sagu tadi. Sejukkan

Bahan Air Gula

  • 1 setengah cawan air
  • 4 keping gula kerek/melaka (boleh guna gula merah)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai pandan (disimpul)

Cara Memasak

1.  Satukan semua bahan dan masak guna api sederhana hingga mendidih

2.  Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih bila hendak dinikmati

#6 - Tepung Pasung Gula Merah

Tepung Pasung Gula Merah

Bahan-Bahan

  • 125g tepung beras
  • 50g tepung ubi
  • 175g gula merah
  • 200ml air
  • 600ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pisang untuk kelongsong secukupnya

Cara Memasak

1.  Sediakan kelongsong daun pisang secukupnya. Ketepikan

2.  Dalam bekas, satukan gula merah, air dan pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan kemudian tapis

3.  Dalam periuk lain, satukan tepung beras, tepung ubi santan dan garam

4.  Masukkan air gula merah tadi dan kacau sebati hingga tiada ketulan

5.  Kemudian masak dengan api perlahan sehingga meruap

6.  Tuang adunan ke dalam kelongsong dan kukus selama 25 minit atau sehingga kuih masak

7.  Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum sedia dihidangkan


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments