Siti Nurhaliza Akan Adakan Konsert Di Axiata Arena Tahun 2024. Tiket Boleh Beli Sekarang.

Siti Nurhaliza Akan Adakan Konsert Di Axiata Arena Tahun 2024.

Sebelum ni ramai yang bagi tahu akhirnya konsert Coldplay 2-23 pecah rekod kehadiran konsert paling ramai yang mana sebelum ini dipegang boleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selepas itu, peminat mula lah gembar-gemburkan supaya penyanyi no. 1 negara tersebut kembali untuk adakan konsert mega sekali gus merampas takhta itu kembali.

Sepertinya apa yang diharapkan oleh peminat-peminat mungkin jadi kenyataan apabila Siti Nurhaliza baru-baru ini ada bagi teaser 'Sebuah Epitome Saya Siti Nuhaliza'.

Ternyata yang menjadi tanda tanya itu betul-betul terjadi apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan akan mengadapan konsert di Axiata Arena Bukit Jalil.

Ianya bakal berlangsung pada 9 Mac 2024 jam 8.30 malam dan penjualan tiket mula dijual pada 21 Disember 2023 menerusi laman web klticketing.com.

Berita ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat penyanyi yang no.1 negara tersebut terutamanya golongan 'Sitinozers'.

Walaubagaimanapun, sepertinya konsert ini bukanlah diadakan bertujuan untuk rampas kembali takhta kehadiran penonton teramai dalam satu-satu konsert.

Ini kerana Axiata Arena hanya mampu memuatkan maksimum 16,000 orang sahaja dalam satu-satu masa. Tapi mungkin nanti beliau akan buat selama seminggu konsert?

Pada tahun 2004, Siti Nurhaliza pernah mencatatkan kehadiran penonton di konsert beliau sebanyak 70,000 orang dan rekod tersebut lebur pada tahun 2023 menerusi konsert Coldplay dengan kehadiran 75,000 penonton.

Beliau telah memegang rekod tersebut untuk 19 tahun sebelum ini.

Tapi untuk konsert tempatan, pastinya Tokti masih lagi memegang rekod tersebut sehingga kini.

senarai konsert paling ramai penonton di malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post