Cara Pergi Naik LRT Ke Nizam Cendol Goncang, Kedai Yang Khairul Aming Viralkan

Cara Pergi Naik LRT Ke Nizam Cendol Goncang, Kedai Yang Khairul Aming Viralkan

Sangat biasa kalau sebelum ni bila Khairul Aming gunakan sesuatu bahan makanan dalam masakan, lepas tu barang makanan tersebut 'sold out' atau habis dijual di pasaran.

Terbaru, bagaimana beliau hasilkan resepi 'McMing' pengganti bagi burger prosperity. Kesannya, stok daging oblong Ramlee terutamanya tiada lagi dijual di kedai-kedai. Kena tunggu seminggu kemudian.

Tidak berhenti disitu, kali ini KA hadir pula dengan perkongsian kedai makan yang beliau selalu lepak dan makan iaitu di Kedai Nizam Cendol Goncang.

Menerusi perkongsian di aplikasi Twitter, Khairul Aming merasakan kedai tersebut patut diberi promosi kerana kesedapan dan harga yang sangat berpatutan.

Beliau mencadangkan untuk cuba mee bandung, bihun sup dan sudah tentu cendol yang hanya berharga RM1 sahaja.

Tapi dah kena viral oleh Khairul Aming ni nanti menang tangan tak peniaga ni?

Jangan risau, KA dan bagi tahu, owner kedai ini akan prepare extra staff sekiranya kedainya viral dan menerima lambakan pelanggan pada hari-hari mendatang.

Cara Pergi Naik LRT Ke Nizam Cendol Goncang

Katanya dikawasan ini parking slot tak banyak, jadi sebagai alternatif, anda boleh datang ke Nizam Cendol Goncang dengan naik LRT sahaja. Lebih mudah.

Caranya anda naik LRT dan turun di stesen Taman Melati. Kemudian jalan kaki dalam 5 minit sahaja dah sampai. Tak perlu sesak-sakan bawa kereta. Boleh rujuk gambar dibawah:

Waktu Operasi Kedai Nizam Cendol Goncang

Alamat kedai : Sri Tioman, 1, Persiaran Pertahanan, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Setiap hari dari pukul 9.30 am - 10.00 pm kecuali cuti hari Isnin dan Selasa sahaja

Jadi lepas ni boleh la datang serbu kedai Nizam Cendol Goncang ni. Rasa sendiri betul ke apa yang dikongsikan oleh Khairul Aming tersebut.

KA juga menyarankan orang ramai agar terus support peniaga kecil tempatan untuk terus berjaya dalam perniagaan terutamanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post