Astro Belanja Tontonan 6 Saluran Percuma Sempena Tahun Baru 2024 Bersama HITS NOW

tontonan percuma dari 1 Januari 2023 selama sebulan untuk 6 saluran di Astro

Astro teruja untuk menyambut tahun baharu dengan buah tangan terakhir yang luar biasa pada tahun ini untuk semua pelanggannya.

Nikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu kami, HITS NOW (saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma.

Mulai 1 Januari 2023, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga.

Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.

Cipta kenangan terindah bersama keluarga anda dengan "HITS NOW" yang akan tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan dari 10 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024.

Pelancaran ini tepat pada masanya untuk anda dan orang tersayang dalam menyaksikan senarai pelakon A-list dan pencipta yang berinspirasi dalam mencipta sejarah ketika siaran LANGSUNG Anugerah EMMY Primetime ke-75 pada 16 Januari 2024.

Saluran ini akan menyiarkan drama yang popular, komedi penuh gelak tawa, rancangan permainan yang menarik dan banyak lagi, termasuk America’s Got Talent: Fantasy Team, American Idol dan Celebrity Family Feud.

Dari 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2023, semua pelanggan Astro boleh menikmati filem blockbuster terbaharu di HBO Hits dan ketawa bersama yang tersayang dengan telatah komedi di HBO Family.

Selain itu, penonton ikuti pengembaraan pendidikan yang ditawarkan di Moonbug, tonton kandungan kegemaran Korea di K-Plus serta gabungan kandungan kegemaran semasa dan klasik abadi di Showcase bagi mereka yang mempunyai cita rasa yang unik.

Kandungan Setiap Saluran

1)  HBO Hits (Saluran 415)

Peminat tegar filem boleh selami diri mereka dengan hits blockbuster sepanjang masa. Saksikan Moonfall dan The Lost City untuk merasai keseronokan sinematik.

Tonton HBO Hits percuma

2)  HBO Family (Saluran 414)

Cipta kenangan terindah anda bersama keluarga dengan HBO Family yang menawarkan persekitaran tontonan yang menarik dan mesra keluarga. Nikmati program seperti The Lego Movie 2 dan Bee Movie bersama-sama.

3)  Showcase (Saluran 413)

Disusun pilih untuk para penonton Malaysia, Showcase mempersembahkan gabungan kandungan kegemaran semasa serta yang abadi.

Tahun Baharu ini, selami keajaiban filem dengan kandungan istimewa, blockbuster dan kegemaran keluarga seperti Dolittle, Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom.

4)  K-Plus (Saluran 396)

Destinasi utama hiburan Korea yang menampilkan siri drama eksklusif, rancangan variasi, filem dan program gaya hidup. Terokai yang terbaik dari Hallyu dengan Between Him and Her dan Perfect Marriage Revenge, sesuai untuk seisi keluarga.

5)  Moonbug (Saluran 618)

Tonton rancangan prasekolah di Moonbug, termasuk kegemaran seperti Blippi dan CoComelon. Menyanyi, ketawa dan belajar dengan anak-anak anda dalam dunia Moonbug yang menarik.

Tonton moonbug percuma

Jadi jangan lupa temu janji kita pada awal tahun 2024 untuk nikmati rancangan-rangancang menarik di 6 saluran yang akan diberikan tontonan secara percuma selama sebulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post