Pemenang Famili Duo 2023 Yang Membawa Pulang RM100,000

Senarai Pemenang Famili Duo 2023

Selepas tujuh minggu beraksi, kini minggu kelapan sudah tiba dimana bakal berlangsungnya acara terakhir bagi Famili Duo 2023 yang bakal menentukan pasangan manakah yang bakal bergelar juara untuk musim kali ini.

Untuk pentas akhir ini, hanya 3 duo sahaja daripada 6 pasangan yang berjaya melayakkan diri iaitu duo adik-beradik Sharif & Syaiful Zero serta Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi dan duo sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

{tocify} $title={Table of Contents}

Kesemua mereka berjaya mengharungi tujuh minggu yang sukar dimana mereka perlu mempersembahkan persembahan yang terbaik di hadapan 2 juri tetap setiap minggu iaitu Ajai dan Mami Mas Idayu beserta undian online daripada penonton.

Pada musim kali ini, kesemua duo mengejar satu matlamat yang sama iaitu merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Tetapi selain itu, jika mereka mampu merangkul juara mingguan, mereka bawa pulang RM10,000.

Sepanjang tujuh minggu, sebenarnya barisan finalist ini sahajalah yang pernah memenang juara mingguan. Untuk Sharif & Syaiful mereka pernah menang sebanyak 3 kali. Manakala duo Haqiem & Ariff serta duo Adira & Emma pernah memenangi 2 kali.

Kini daripada senarai Duo Of The Week, ketiga-tiga duo ini akan mengejar satu lagi kejuaraan yang paling diingin iaitu Juara Famili Duo untuk musim 2023. Siapakah yang bakal bergelar juara untuk musim kali ini?

Siaran Langsung Final Famili Duo 2023

Untuk ketahui siapakah juara Famili Duo 2023, jangan lupa untuk saksikan pentas akhir pada 3 Disember 2023, hari Ahad ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV3. Anda juga boleh tonton secara HD di www.tonton.com.my.

Senarai Lagu Tugasan Calon Juara Famili Duo 2023

Nampaknya playlist untuk lagu-lagu finalist Familu Duo musim kali ini bukan biasa-biasa. Semua best dan bakal menguji persembahan mereka pada malam tersebut.

Haqiem Rusli & Ariff Bahran

  1. Ada Gajah Di Balik Batu (Wali Band)
  2. Beribu Sesalan (Shila Amzah, Jaclyn Victor & Ning Baizura)

Adira Suhaimi & Emma Suhaimi

  1. Pelesit Kota (Search)
  2. Bang Bang (Ariana Grande, Jessie J & Nicki Minaj)

Sharif & Syaiful Zero

  1. Lemak Manis (Roslan Madun)
  2. Umpan Jinak Di Air Tenang (Datuk Ahmad Jais)
  3. Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)
  4. Kong Kali Kong (Namie & Floor88)

Senarai Pemenang 

Berikut merupakan senarai pemenang Famili Duo 2023

Juara - Sharif & Syaiful Zero (81%)

Post a Comment

Previous Post Next Post