Jadual Kuliah Dan Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Disember 2023

Jadual Kuliah Dan Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Disember 2023

Anda boleh ikuti ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus secara langsung di lokasi masjid atau surau yang beliau hadiri seperti yang ditetapkan.

UAI telah kongsikan jadual kuliah untuk bulan Disember 2023 dan anda boleh hadir ke sana beramai-ramai bagi mendengar ilmu yang ingin disampaikan.

Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal dengan kaedah penyampaian ceramah atau kuliyah secara santai dan bersahaja baik di masjid, surau atau di platform online.

Selain menyampaikan ilmu agama, beliau juga sering selitkan lawak jenaka yang berilmu bagi menarik lebih ramai pendengar terutamanya golongan anak muda.

Kita semua sedia maklum, sekiranya Ustaz Azhar Idrus datang bagi memberi ceramah dan kuliyah pasti ramai juga yang memenuhi ruang masjid atau lokasi tersebut bagi mendengar ilmu yang disampaikan oleh beliau.

Ceramah Menarik Ustaz Azhar Idrus - DISINI

Jadi jika anda berkeinginan untuk datang dan dengar secara langsung, boleh datang ke mana-mana lokasi yang disenaraikan dibawah.

Jadual Ceramah Dan Kuliah Ustaz Azhar Idrus Disember 2023

Dengan adanya jadual bersama tarikh dan lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus, anda boleh bersiap untuk datang beramai-ramai ke tempat tersebut.

Ambil masa sedikit untuk dengar ceramah yang kebiasaanya diadakan antara waktu Maghrib dan Isyak atau mungkin selepas Isyak.

Berikut merupakan senarai jadual waktu ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Disember 2023:

  • 1 Disember (Jumaat) - Surau Al-Hijrah Ulu Takir Kuala Terengganu
  • 3 Disember (Ahad) - Surau Kg. Tok Kaya Kuala Terengganu
  • 5 Disember (Selasa) - Masjid Kg Pulau Rusa Kuala Terengganu
  • 6 Disember (Rabu) - Surau Hajjah Wan Esah Seberang Baruh Kuala Terengganu
  • 7 Disember (Khamis) - Masjid Ar-Ridha Manir Terengganu
  • 9 Disember (Sabtu) - Masjid Pulau Ketam Kuala Terengganu
  • 10 Disember (Ahad) - Masjid Al-Ikhwan Gelong Bilal Kuala Terengganu
  • 12 Disember (Selasa) - Masjid Padang Mengkuang Bukit Payung Terengganu
  • 13 Disember (Rabu) - Masjid Kg. Paya Resak Kuala Terengganu
  • 15 Disember (Jumaat) - Masjid Kg Sungai Soi Kuantan Pahang
  • 17 Disember (Ahad) - Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah Dungun
  • 19 Disember (Selasa) - Surau Ladang Kuala Terengganu
  • 21 Disember (Khamis) - Masjid An-Naim Alor Teratai Kuala Besut Terengganu
  • 24 Disember (Ahad) - Masjid Kg Cheting Hulu Terengganu
  • 25 Disember (Isnin) - Masjid Kg Anak Ikan Setiu Terengganu
  • 26 Disember (Selasa) - Masjid Kg Atas Tol Kuala Terengganu
  • 28 Disember (Khamis) - Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu, Kelantan
  • 29 Disember (Jumaat) Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Terengganu

Jadual Kuliah Dan Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Disember 2023

Sekiranya anda ingin ikuti lebih rapat apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus, anda boleh ikuti laman facebook beliau di Ustaz Azhar Idrus Official.

Post a Comment

Previous Post Next Post